31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Jangan Berada Dalam Hubungan Toksik, Kita Cuba Elak & Keluar’- Azira Shafinaz

    Shopee Sale

    Pelakon dan penyanyi, Azira Shafinaz menyeru para wanita agar lebih berani untuk keluar daripada hubungan toksik dan berhenti membiarkan diri terus terseksa dalam situasi yang memudaratkan.

    Artikel Berkaitan: ‘De Fam Ada Etika Pemakaian Yang Ditetapkan, Sebagai Muslim Kami Tahu Apa Boleh Pakai’ – Azira Shafinaz

    Artikel Berkaitan: Azira Shafinaz Pernah Dimarahi Pelakon Senior Sampai Menangis – ‘Saya Dipanggil B*doh’

    Berani lepaskan diri daripada keadaan memudaratkan

    Ketika ditemui , Azira atau nama lengkapnya Azira Shafinaz Ramlan, 35, menjelaskan bahawa keberanian melepaskan diri daripada keadaan yang memudaratkan bukanlah bermaksud ingin melawan, sebaliknya ia adalah langkah untuk menjamin masa depan yang lebih baik.

    Untuk saya, tinggalkan hubungan itu, benda yang kita tak boleh lawan takdir, mungkin manusia boleh berubah kan? Tapi apa yang saya boleh cakap, beranilah bangkit.

    Bukanlah bila bersuara itu, kita jadi seorang yang kurang ajar atau tidak dengar cakap suami. Tapi awak perlu berjuang untuk hal yang awak mahukan.

    Kalau boleh jangan ada dalam lingkungan toksik. Keadaan ini bukan saja dalam sesebuah hubungan tapi boleh jadi persahabatan atau keluarga.

    Selagi boleh elak daripada itu, kita cuba elak dan keluar.

    Azira berkata demikian ketika ditemui selepas selesai pelancaran Ramadan Raya 2026: Jwanjih Drama! di TGV Cinema Suria KLCC, pada Rabu.

    MENARIK:  Festival Ramadan Putrajaya 2024: Kumpulkan 1,000 Peniaga, Sasar Menarik Hampir 1 Juta Pengunjung

    Pemerkasaan wanita

    Dalam perkembangn lain, anggota kumpulan De Fam itu bakal kembali menghiasi skrin televisyen menerusi drama terbaharu berjudul Karena Cinta Itu Dusta yang dijadualkan akan bersiaran bermula 25 Februari hadapan.

    Menurut Azira, drama tersebut membawa mesej tentang pemerkasaan wanita yang kuat menerusi watak Seri.

    Sebab saya terima watak ini kerana ianya ada mesej yang baik untuk disampaikan kepada orang luar.

    Drama ini menceritakan ini tentang pemerkasaan wanita. Dia bukan tunjuk wanita itu lemah, tapi macam mana wanita tangani masalah dalam rumah tangga, kerjaya dan pengkhianatan.

    Lagi satu saya tak pernah berlakon watak didera. Jadi, ini kali pertama saya bawa watak sebegini.

    Ini juga satu cabaran macam mana nak buat orang nampak watak yang teranaiya dan didera dalam rumah tangga.

    Naskhah Karena Cinta Itu Dusta mengangkat kisah sepasang suami isteri yang berganding bahu membangunkan sebuah empayar perniagaan.

    Namun, rumah tangga mereka mula retak apabila hadirnya orang ketiga yang tidak disangka-sangka, iaitu sahabat rapat kepada si isteri sendiri.

    The post ‘Jangan Berada Dalam Hubungan Toksik, Kita Cuba Elak & Keluar’- Azira Shafinaz first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah