29 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Undi Calon Vokal Terbaik Versi ‘Suka-Suka Je’ Sekarang! Hael Husaini Atau Amir Masdi Jadi Pilihan?

    Shopee Sale



    Debaran pentas paling berprestij, Anugerah Juara Lagu Ke-39 (AJL39) kian terasa apabila hanya tinggal kurang tiga minggu sahaja lagi.

    Undi calon vokal terbaik sekarang!

    Untuk AJL39 kali ini, kategori vokal terbaik menyaksikan saingan sengit antara penyanyi bukan sahaja wanita malah penyanyi lelaki.

    Dengan kemunculan semula penyanyi, Hafiz Suip ke arena AJL39, sudah pasti ia akan memberi tentangan hebat buat penyandang kategori vokal terbaik yang menjadi milik Aina Abdul pada edisi tahun lalu.

    Untuk menghangatkan suasana sebelum bermulanya AJL39, TV3 menerusi media sosial menyediakan platform buat wargamaya untuk mengundi calon vokal terbaik media sosial mereka.

    Hanya bertujuan untuk ‘suka-suka’, peminat boleh mengundi siapakah calon vokal terbaik media sosial pilihan mereka menerusi ‘poll’ yang disediakan TV3 di Instagram Story, mulai hari ini.

    Antara nama artis yang bakal ‘berentap’ di media sosial hari ini ialah ‘Akim & The Majistrate vs Masdo & Aisyah Aziz’ serta ‘Amir Masdi vs Hael Husaini’

    MENARIK:  ‘Urusan Keluarga Sepatutnya Diselesaikan Antara Ahli Keluarga’ – Syamsul Yusof

    Anda juga boleh mengikuti laman rasmi Instagram @tv3malaysia untuk mendapatkan berita dan info terkini mengenai pentas AJL39.

    Pentas AJL39

    Untuk edisi kali ini, penonton bukan sahaja boleh menonton AJL39 menerusi kaca televisyen tetapi berpeluang untuk menyaksikan sendiri kehangatan malam anugerah ini secara langsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.

    Untuk mendapatkan tiket konsert AJL39, anda boleh membuat pembelian www.wowtix.com.my.

    Dihoskan oleh Naz Rahman dan Sissy Imann, AJL39 juga akan dibawakan secara langsung di TV3 pada 16 Februari ini jam 9 malam dan juga boleh distrim secara HD di www.tonton.com.my.

    The following two tabs change content below.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah