26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Isteri Kongsi Video Azlan Komeng Sibuk ‘On Call’, Beri Bayangan Bakal Terima Madu? – ‘Perit Juga Hati Ni Tapi Tu Lah Semua Atas Dia’

    Shopee Sale



    Isteri kepada pelakon Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz seakan memberi bayangan bahawa suaminya itu bakal berkahwin satu lagi.

    ‘Hati ada sedikit perit’

    " data-video-id="7476275768058809608">
    @puan_nilamortizHati ada sedikit perit macam tersedak makanan, doakan ye korang? original sound – puan nilam ortiz

    Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Nilam berkongsi situasi di mana suaminya itu sedang bercakap dalam telefon dengan seorang individu yang didakwa merupakan bakal madunya.

    Dalam pada itu, Nilam mendakwa sering melihat suaminya dengan wanita tersebut berkomunikasi tetapi dalam keadaan yang tegang.

    Jauh datang daripada KL sampailah ke pantai timur ini kan. Call saja, tak tahu la apa yang di call. Asyik bergaduh saja, belum kahwin lagi sudah bergaduh macam mana tu.

    Tapi tak boleh nak buat apa pula. Orang nak kahwin macam ni tau, mana-mana pergi pun call 24 jam. Belum kahwin lagi, dah kahwin tak tahu lah macam mana.

    Macam ini ya… laki orang bercinta macam ini eh. Nampak telefon dekat tangan. Tapi tulah, kalau cakap elok-elok tak apa, asyik nak gaduh saja.

    Nilam juga sempat menasihati kaum wanita agar mencari lelaki yang benar-benar menyayangi mereka lebih daripada diri sendiri.

    Tapi sebenarnya kan, perempuan korang kena cari lelaki yang sayangkan korang lebih daripada dia sayangkan diri dia. Kalau tak, dia akan jadi macam Abang Lan (Azlan).

    Paksa kahwin, nak kahwin, nak kahwin, okay akak bagi, tak ada masalah. Tapi 14 kali, 15 kali kau telefon dia, abang Lan tak suka tu tau. Abang Lan bukan orang macam itu tau. Tu lah, kita doalah yang baik-baik.

    Menurut Nilam, dia hanya mampu menerima keputusan suaminya dengan hati terbuka, walaupun tidak dapat menafikan bahawa situasi itu memberi kesan kepadanya.

    MENARIK:  Kodi Rasheed Dedah Lebih 10 Kali ‘Dikencing’ Penerbit? – ‘Dah Beri Tawaran & Skrip, Lepastu Tak Jadi Ambil’

    Bagaimanapun, dia hanya mampu berdoa agar segala urusan mereka dipermudahkan dan mengharapkan yang terbaik dalam kehidupannya.

    Sebenarnya perit juga hati ini. Tapi itulah, semua atas abang Lan sekarang ini. Doalah yang baik-baik. Kita doa yang baik-baik, Insya-Allah yang baik-baik dia datang kat kita.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah