Pelakon, Azar Azmi tidak dapat menahan sebak apabila rakan seperjuangannya, Janna Nick, menghubunginya semula selepas sekian lama terputus hubungan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Azar Azmi Kongsi Detik Sukar Selepas Dibebaskan – ‘Keluar Dari Situ, Saya Ada RM28 Saja’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Hidup Mewah Seperti Yang Disangka’ – Azar Azmi Dedah Realiti Hidup Sebenar, Pernah Jual Durian & Cempedak
Sebak
View on Threads
Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, Azar mengalirkan air mata apabila usahawan, Datuk Aliff Syukri memberi telefon yang menunjukkan Janna sedang berada dalam talian.
Menurut Janna, keadaan sekarang bukan masa yang sesuai untuk Azar melakukan siaran langsung.
Saya tak tahu kejadian sebenar apa sebab Azar pun tak pernah hubungi saya selepas perkara yang terjadi.
Saya pun tidak mahu beri tekanan kepada dia.
Saya rasa ia bukan masa yang sesuai, maaf datuk (Aliff) saya rasa patut bagi ruang kepada Azar.
Bagaimanapun, Azar memaklumkan siaran langsung itu dilakukan untuk membantunya.
Saya betulkan. Buat siaran langsung ni bukan ada niat tak baik.
Perkara ini tak rancang pun dan saya pun tiada punca pendapatan.
Apa yang Aliff buat adalah kongsi rezeki dengan saya.
Sebelum ini, Aliff mengambil inisiatif untuk membantu Azar dengan memberi sebahagian hasil jualan daripada produknya terhadapnya.
Sumber: Threads
The post Azar Azmi Sebak Dihubungi Janna Nick, Perjelas Aliff Syukri Hanya Bantu Cari Pendapatan – ‘Buat Live Bukan Ada Niat Tak Baik’ first appeared on OHBULAN!.





