29.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Isteri Jadi Saksi Acap S Dicaci Sepanjang Bertanding MLS4 – ‘Macam-Macam Tomahan Diterima, Dia Tetap Yang Terbaik Untuk Saya’

    Shopee Sale



    Acap S

    Ucapan isteri kepada pempengaruh Acap S iaitu Adriana Affendi bersempena kemenangan suaminya di program Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4) mengundang rasa sebak dalam kalangan wargamaya.

    Saksi suami

    Acap S

    Di sebalik tomahan dilemparkan netizen terhadap Acap, Adriana berkata, dia menjadi saksi suaminya melawan kata-kata negatif demi melakukan yang terbaik ketika bertanding.

    Aku saksi penat lelah badan dan mental dia, untuk orang yang pertama kali mencuba dalam bidang ini (melawak).

    Walaupun macam-macam tomahan diterima, dia tetap yang terbaik untuk saya. Kalau nak dicerita tak cukup, hanya Allah sahaja tahu.

    Adriana berkongsi mengenai perkara itu menerusi sebuah hantaran di TikTok miliknya.

    MENARIK:  ‘Abang Bas’ Buat Konten ‘Crush’ Budak Sekolah Ditahan Polis, Akaun TikTok Dengan 600,000 Pengikut Kena ‘Banned’

    Kongsi Adriana lagi, dia sentiasa mengingatkan Acap bahawa ramai peminat yang menyokongnya.

    Awak perlu tahu, biar ramai yang mencaci tapi awak kena ingat berapa ramai yang menyokong.

    Terdahulu, Acap bersama kumpulan Sarkas yang dianggotai Danial Zaini dan Shashic berjaya dinobatkan sebagai juara MLS4 sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM150,000.

    Bagaimanapun, sepanjang sembilan minggu bersaing, netizen menyifatkan Acap seperti tidak berfungsi dalam kumpulan tersebut kerana tidak terlalu menyerlah dan lawak yang dibuat tidak menjadi.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah