26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Isteri Isa Isarb Hamil Selepas Tujuh Hari Nikah: Doktor Kongsi Penjelasan Tentang Kehamilan.

    Shopee Sale



    Pempengaruh YouTube, Isa Isarb mendedahkan isterinya, Lisa Nosra atau nama sebenarnya Siti Nurliana Alisa Mohd Zakri kini hamil selepas tujuh hari bernikah.

    ‘Alhamdulillah’

    " data-video-id="7347006465338526977">
    @isaisarbofficialJackpot dalam 7 hari, Allah sayang kami !? original sound – Isa Isarb

    Berita gembira itu dikongsikan Isa sendiri menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok.

    Menerusi video tersebut, Isa atau nama sebenarnya Isa Batharul Zaman yang sedang duduk di atas sebuah kerusi ketawa kegembiraan sambil menunjukkan ujian kehamilan isterinya itu di hadapan kamera.

    Isteri saya berikan ujian kehamilan ini tapi sekarang dia tak ada dengan saya sebab dia pergi beli barang.

    Saya kena gelak jahat sikit, Alhamdulillah ini rezeki selepas tujuh hari (bernikah).

    Sementara itu, menerusi hantaran di Instagram (IG) Story, Isa menguatkan lagi kesahihan berita gembira itu apabila memuat naik hantaran mesej menerusi aplikasi WhatsApp bersama bapanya.

    MENARIK:  Eyra Hazali Selamat Bersalin, Timang Anak Ketiga – ‘Alhamdulillah, Seorang Lagi Keeper Mama Papa Lahir’

    Sekadar info, Isa dan Lisa selamat diijabkabulkan dalam satu majlis yang diadakan di DD’NEZ Event Space pada 10 Mac yang lalu.

    Isa memberikan mas kahwin berjumlah RM300 kepada Lisa dalam satu majlis yang turut dihadiri rakan terdekat serta ahli keluarga kedua-dua belah pihak.

    Posting IG Story Isa

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah