29.7 C
Kuala Lumpur
Monday, July 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Kehadiran PAS jejaskan Bersatu, pengundi bukan Melayu jarakkan diri’

    Shopee Sale

    PRN NEGERI SEMBILAN l Calon Bersatu di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nilai V Saravana Kumar mendakwa Perikatan Nasional (PN) masih berdepan kesukaran memikat hati pengundi bukan Melayu.

    Menjelaskan keputusan sekutu PN itu, yang bertanding secara solo, katanya, maklum balas daripada pengundi Cina dan India sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan mendedahkan bahawa Bersatu lebih diterima apabila bergerak tanpa PAS.

    "Berdasarkan dapatan di lapangan, kira-kira 60 hingga 70 peratus pengundi bukan Melayu cenderung menjauhkan diri apabila Bersatu dikaitkan secara langsung dengan PAS.

    "Masa kita bawah PN apabila PAS bersama kita, ramai pengundi India ragu-ragu. Soalan pertama kebanyakan mereka adalah ‘kamu dengan PAS ke?’

    "Isu kebimbangan terhadap PAS ini wujud untuk kedua-dua kaum, baik Cina mahupun India. Apabila sebut pasal PAS, ketakutan itu ada pada mereka," kata kepada Malaysiakini.

    Saravana Kumar berkata, situasi bertukar lebih positif apabila penerangan diberikan bahawa mereka bergerak atas kapasiti parti Bersatu.

    "Bila tidak ada PAS dan kita bawa logo Bersatu, mereka tidak kisah dan boleh terima. Ini maklum balas yang kita terima daripada orang awam," tambahnya.

    Saravana Kumar berdepan persaingan lima penjuru selepas penyandang Nilai J Arul Kumar (PH-DAP) bertanding untuk mempertahankan kerusinya bagi penggal keempat.

    Turut bertanding Alan Lai Chien Kong (BN-MCA), Zamani Ibrahim (Berjasa) dan Omar Mohd Isa (Bebas) di kerusi yang mempunyai 45,911 jumlah pengundi.

    MENARIK:  Soal ‘masjid haram ke halal', lelaki mohon maaf pada umat Islam

    Mengulas lanjut, Saravana Kumar seorang ahli perniagaan yang telah menetap di Nilai lebih 25tahun berkata bahawa trend berbeza dilihat dalam kalangan pengundi Melayu yang lebih cenderung kepada jenama PN serta kepimpinan Muhyiddin.

    "Orang Melayu lebih selesa dengan PN berbanding Bersatu secara individu. Tetapi, kekuatan Bersatu pula terletak pada rekod perkhidmatan Muhyiddin semasa menerajui kerajaan.

    J Arul Kumar

    "Siapa yang boleh urus lebih baik daripada Muhyiddin sewaktu Covid-19? Kadar kematian dan kawalan wabak di Malaysia diurus dengan sangat baik berbanding negara lain.

    "Ini antara perkara pengundi Melayu lebih cenderung kepada PN di bawah Muhyiddin berbanding yang kini di bawah PAS," katanya.

    Untuk rekod, Bersatu yang kini diterajui oleh Muhyiddin Yassin masih merupakan komponen PN.

    Namun, parti itu mengambil pendirian untuk bertanding di bawah logo sendiri selepas PAS mengumumkan menghentikan kerjasama dengan Bersatu.

    Selain Bersatu, PN dianggotai PAS, MIPP, Wawasan dan Gerakan dan akan bertanding di 11 kerusi daripada jumlah 36 kerusi di Negeri Sembilan.

    Muhyiddin Yassin

    Ini selepas PN bersetuju mengadakan kerjasama politik dengan BN yang bertanding di baki 25 kerusi di PRN Negeri Sembilan.

    Sementara itu, Bersatu bertanding di 24 kerusi secara solo termasuk parti Urimai yang bertanding di dua kerusi menggunakan logo Bersatu pada PRN yang akan diadakan pada 1 Ogos ini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah