Isteri kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida berhasrat untuk sekali lagi mengerjakan ibadah haji bersama suami, namun dengan mengambil pakej yang lebih mahal dan eksklusif.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri Bidas Kenyataan Warganet Dakwa Sudah Miskin & Sangkak
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri Hadir Majlis Kahwin Pekerja, Netizen Pakat Nak ‘Support’ Bisnes – ‘Dia Tak Duduk Meja VIP Pun’
Pakej Al Maas

Meskipun masing-masing sudah dua kali menunaikan rukun Islam kelima itu, Shahida berkata, jika diberi keizinan dan rezeki dia ingin berbuat demikian.
Saya dan suami sebenarnya mengimpikan untuk pergi haji sekali lagi bersama-sama. Saya cakap dengan suami, saya tak mahu kereta atau benda lain, saya cuma nak pergi haji dengan pakej Al Maas, pakej yang mahal.
Saya sebelum ini pergi haji memang dengan swasta, tapi tidak lah ambil pakej yang cecah RM100,000. Saya ambil pakej sederhana, Konsep saya janji dapat beribadah.
Tapi ingin lah juga merasa pergi haji berdua dengan suami ambil pakej Al Maas. Suami kata boleh, insyallah.
Al Maas merupakan pakej haji termahal yang ditawarkan oleh agensi haji di Malaysia dengan kos anggaran mencecah RM250,000 untuk seorang jemaah.
Dalam pada itu, ibu kepada enam cahaya mata ini turut menceritakan semula pengalaman kali pertama dan kedua dia bersama suami menunaikan ibadah haji.
Suami saya sudah dua kali pergi haji, kali pertama ketika usia 18 tahun dan kali kedua pada 2023. Mungkin haji pertama suami saya rasa tak sempurna kerana ketika itu masih budak, jadi dia pergi kali kedua.
Macam saya pun sama, alhamdulillah sudah dua kali juga dapat menunaikan ibadah haji. Pakej pertama saya ambil yang RM40,000 dan duduk sana selama 30 hari. Cumanya khemah jemaah kami agak jauh.
Sumber: TikTok
The post Isteri Aliff Syukri Impi Pergi Haji Dengan Pakej RM250,000 first appeared on OHBULAN!.





