32 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Tak Minta Puji Filem Bisikan, Cuma Beri Peluang & Lihat Apa Yang Disampaikan’ – Aminahtul Mardiah

    Shopee Sale

    Penerbit filem Bisikan: Luka Yang Berbisik,  Aminahtul Mardiah tampil memberikan respon berhubung dakwaan usahanya mempromosikan naskhah tersebut yang disifatkan sebagai cheap marketing.

    Artikel Berkaitan: Aminahtul Marrdiah Tegur Individu Didakwa Cuba Keruhkan Kemelut Abby Abadi & Keluarga

    Penjelasan dakwaan

    Screenshot

    Menerusi hantaran di Threads, Aminahtul berkata, dia mempunyai sebab tersendiri bersungguh-sungguh mahu filem berkenaan mendapat perhatian penonton.

    Saya buat cheap marketing? Tak apalah.Saya tak boleh paksa semua orang faham apa yang saya lalui untuk bawa Bisikan sampai ke pawagam. 

    Orang nampak saya hari-hari promote, merayu orang pergi tengok. Mungkin pada sesetengah orang, nampak murah. Nampak terpaksa tapi saya tahu kenapa saya buat semua ni. 

    Menurut Aminahtul, pengalaman melihat pelbagai sisi kehidupan manusia sepanjang berada dalam bidang perundangan menjadi antara pencetus idea untuk menghasilkan filem tersebut.

    Sepanjang saya berada dalam dunia perundangan, saya dah jumpa macam-macam kes jenayah. Termasuk kes yang melibatkan individu yang tak pernah didengari. Ada kes yang sangat menyedihkan.

    Ada keluarga yang tak faham apa sebenarnya sedang berlaku kepada orang yang mereka sayang. Ada yang hanya sedar betapa seriusnya keadaan selepas sesuatu yang buruk terjadi. 

    Dan daripada pengalaman melihat sisi manusia yang macam inilah, saya mula terfikir untuk menghasilkan Bisikan. 

    Saya nak orang faham bahawa kadang-kadang apa yang kita nampak pada seseorang, bukan keseluruhan cerita dia. Ada perkara yang kita tak tahu. Ada penderitaan yang kita tak nampak.

    Dan ada suara yang terlalu lama tak didengari. Sebab tu Bisikan bukan sekadar filem seram bagi saya.

    Dalam pada itu, Aminahtul mengakui sedih apabila terdapat pengurangan slot tayangan filem tersebut di pawagam. Namun, tetap menghargai penonton yang menyokong karya berkenaan.

    Hari ni, saya terima berita yang tayangan Bisikan akan dikurangkan.

    Ada pawagam yang dah tarik tayangan pun. Sedih? Mestilah sedih. Tapi dalam masa yang sama, saya sangat bersyukur. Lebih 8,000 orang dah beri peluang kepada Bisikan. Saya baca review satu-satu. Ada yang menangis, ada yang teringat kisah sendiri.

    Ada yang keluar panggung dan mula melihat orang di sekeliling dengan cara yang berbeza. Korang tak tahu betapa besarnya makna semua tu pada saya. 

    Walau bagaimanapun, Aminahtul tetap berharap agar orang ramai dapat memenuhi setiap kerusi di pawagam dengan menonton filem berkenaan.

    Saya cuma perlukan sokongan 30,000 orang lagi. Saya tahu bukan angka yang kecil. Tapi saya masih nak cuba selagi Bisikan ada di pawagam.

    Kalau korang belum tengok, saya mohon sangat, pergilah tengok. Kalau dah tengok dan rasa cerita ni ada sesuatu yang patut orang lain faham, tolong ceritakan kepada kawan-kawan.

    Saya tak minta korang puji filem ni. Saya cuma minta korang beri peluang untuk dengar apa yang kami cuba sampaikan.

    Bisikan masih ditayangkan hari ni, walaupun slot semakin berkurang. Dan kalau usaha saya untuk mempertahankan sebuah cerita yang saya percaya ni dianggap cheap marketing, takpelah. Saya terima.

    Sebab bagi saya, lebih menyedihkan kalau sebuah cerita tentang manusia yang tak didengari, akhirnya hilang begitu saja tanpa sempat didengari.

    Terdahulu, tindakan Aminahtul menangis ketika mempromosikan filem berkenaan semasa sesi siaran langsung di TikTok telah menyorot perhatian ramai sehingga ada yang melabel ia adalah cheap marketing.

    Untuk info, Filem Bisikan diterbitkan oleh D’Alpha Legacy Production dengan membariskan pelakon seperti Fatin Afeefa, Iman Zulkarnain, Azhan Rani dan Vinidah Imran.

    MENARIK:  ‘Saya Ada Masalah Paru-Paru Lemah, Kalau Sakit Ambil Masa Lama Untuk Sembuh’ – Marsha Milan

    Sumber: Threads 

    The post ‘Saya Tak Minta Puji Filem Bisikan, Cuma Beri Peluang & Lihat Apa Yang Disampaikan’ – Aminahtul Mardiah first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah