Penyanyi, Ismail Izzani berkongsi keterujaan apabila ibunya, Suliza Salam akhirnya bersetuju untuk kembali merakam lagu dan bergandingan dengannya dalam sebuah duet berjudul Janji Mama.
Artikel Berkaitan: ‘Raya Tahun Ini Lengkap & Pastinya Lebih Meriah’ – Ismail Izzani Syukur Keluarga Kecap Bahagia
Artikel Berkaitan: Ismail Izzani Ingin Buktikan Mampu Nyanyi Lagu Galau, Sedang Sibuk Siapkan Album Sulung
Proses memujuk

Ketika ditemui , pemilik nama Ismail Izzani Zainal Nazeri, 25, berkata proses memujuk ibunya bukan sesuatu yang mudah, malah mengambil tempoh berbulan-bulan sebelum persetujuan itu diperoleh.
Kata Ismail, dia menggunakan pelbagai cara untuk memenangi hati ibunya.
Memang ada penampilan istimewa dalam album iaitu mama saya. Nak paksa mama saya untuk menyertai album pun susah sebab dia pun dah memang tidak mahu bernyanyi.
Sebenarnya, libatkan Mama dalam album saya seperti sebuah mimpi sebab dulu masa saya mula menyanyi, dialah yang hantar saya pergi busking.
Sejujurnya berbulan juga pujuk dia sampai saya ajak mama pergi main pickle dulu untuk bergembira, barulah dia setuju.
Ismail berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Bintang Uni-Verse 2026 yang berlangsung di Petaling Jaya, pagi Rabu.
Ibu gementar

Mengulas lanjut, Ismail turut mendedahkan bahawa ibunya mengakui berasa gementar untuk kembali aktif sebagai penyanyi, lebih-lebih lagi selepas sekian lama meninggalkan dunia seni tersebut.
Mama takut tak dapat beri yang terbaik sebab sudah lama tak menyanyi, tapi saya beritahu apa saja yang datang daripada dia sudah cukup terbaik bagi saya.
Belum mula rakaman lagi, tapi demo sudah ada. Insya-Allah kami akan siapkan lagu ini sebelum raya.
Menurut Ismail, idea penghasilan lagu Janji Mama lahir daripada perbincangan mendalam hampir dua jam bersama ibunya menerusi panggilan telefon, ketika mereka berdua sedang melalui fasa sukar dalam kehidupan masing-masing.
Lagu ini sangat bermakna sebab ia lahir ketika kami sama-sama luahkan perasaan masing-masing.
Bukan mudah jadi mama saya. Dia sudah banyak berkorban, kadang-kadang perlu tebalkan muka dan percayakan anaknya selepas apa yang berlaku dalam hidup saya sebelum ini.
Saya sangat bersyukur dan gembira sebab dia masih ada bersama saya hingga hari ini.
The post Ismail Izzani Dedah Ambil Masa Berbulan, Pujuk Suliza Salam Berduet Lagu ‘Janji Mama’ first appeared on OHBULAN!.





