31.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Iqbal Zulkefli Nak Bedah Hidung & Tanam Rambut, Cari Pakar Terbaik Dunia – ‘Kalau Boleh Minggu Ini’

    Shopee Sale

    Pempengaruh media sosial dan usahawan, Iqbal Zulkefli, berhasrat untuk menjalani dua prosedur kosmetik iaitu pembedahan hidung (rhinoplasty) dan tanam rambut.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Iqbal Zulkefli Cadang Nak ‘Buat’ Hidung – ‘Dah Mancung Tapi Bawah Tu Macam Kembang Sangat’

    Artikel Berkaitan: Iqbal Zulkefli Pertahankan Diri, Doktor Gigi Dakwa Tak Bayar Hutang – ‘Dia Sponsor Cabut & Cuci Gigi, Selebihnya Saya Bayar Penuh’

    Nak buat pembedahan hidung

    Menerusi hantaran di Instagram Story, pemilik nama Ahmad Iqbal Zulkefli, 31, secara terbuka meminta cadangan daripada pengikutnya untuk mencari pakar terbaik dalam bidang tersebut, sama ada di dalam atau di luar negara.

    Saya mahu buat pembedahan hidung dan tanam rambut sesegera mungkin.

    Siapa tahu di negara mana pembedahan kosmetik terbaik di dunia? Jika ada di Malaysia, mohon sarankan. 

    Sekiranya boleh minggu ini pun saya sedia. Ini serius.

    Tak kisah soal kos

    Dalam pada itu, Iqbal berkata dia kini sedang meneliti beberapa negara yang terkenal dengan teknologi pembedahan kosmetik canggih antaranya ialah Korea Selatan dan Shanghai, China.

    Ada yang sarankan ke Thailand dengan kos

    RM100,000. Ini bukan tentang kos namun saya mahukan yang betul-betul tempat terbaik di dunia. 

    Rasanya saya ke Korea di tempat artis K-Pop jalani pembedahan andai itu terbaik.

    Saya ada dengar juga Shanghai melintasi teknologi Jepun dan Korea. Belum pasti, saya perlu teliti terlebih dahulu.

    Menyedari perkongsiannya mungkin menimbulkan pelbagai persoalan dan perdebatan dalam kalangan warganet, Iqbal menjelaskan bahawa dia mempunyai alasan tersendiri untuk menjalani prosedur berkenaan.

    Saya mengerti rasa peduli ramai yang persoal ‘kenapa ubah ciptaan Allah?’ Nanti sudah jumpa doktor bedah saya jelaskan kenapa saya perlu bedah hidung saya.

    Pada awal tahun 2024, Iqbal mendedahkan bahawa dia telah menjalani prosedur belon gastrik (Elipse Gastric Balloon) sebagai usaha untuk menurunkan berat badan.

    MENARIK:  [VIDEO] Keberuntungan Ibu Tunggal Memenangi Hadiah Umrah Dalam Baju Melayu Bulan Bintang

    Prosedur tersebut menjadi alternatif kepada pembedahan bariatrik yang lebih invasif.

    Sumber: Instagram Iqbal Zulkefli

    The post Iqbal Zulkefli Nak Bedah Hidung & Tanam Rambut, Cari Pakar Terbaik Dunia – ‘Kalau Boleh Minggu Ini’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah