31.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Netizen Dakwa Nampak Wanita Berniqab & Azlan Komeng Beli Barang Kahwin – ‘Sah Bukan Nilam, ‘Tengok Gerak Tubuh Pun Tahu’

    Shopee Sale



    Kisah rumah tangga antara pelakon Azlan Komeng dan pasangan Nur Nilam Ortiz serta bakal isteri keduanya menjadi perhatian ramai sejak kebelakangan ini.

    Azlan & bakal isteri kedua

    " data-video-id="7501221852879097104" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
    @sukakomen016

    Oh ni rupanya bini 2 Azlan Komeng ya Kantoi ada orang nampak dorang keluar beli brg kahwin. #meloditv3 #mstar # #gempak #utusan #harianmetro #beritaharian #fyp #azlankomeng @Astro Gempak Store @Melodi tv3 @mStar Official @OHBULAN! @Media Hiburan

    ? original sound – sukakomen – sukakomen

    Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok, kelihatan Azlan atau nama sebenarnya Muhammad Azlan Kamiran bersama seorang wanita berniqab yang dikenali sebagai Maizila berada di sebuah butik telekung.

    Mereka berdua dilihat sedang berbual-bual sambil menunggu di hadapan kaunter bayaran.

    Ini rupanya bakal isteri kedua Azlan, ada orang nampak mereka keluar beli barang kahwin.

    Bukan Nilam

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet yakin bahawa wanita berniqab tersebut bukan Nilam seperti yang didakwa sebelum ini.

    Maaf, tengok kulit tangan dia gelap tak macam Nilam.

    Sah bukan Nilam, tengok gerak tubuh pun tahu bukan dia.

    Dari belakang nampak macam sudah berusia, tapi bila dari depan nampak muda.

    Siapa yang pernah jumpa Nilam akan tahu pergerakkan dia tak sama macam perempuan ini.

    Bukan dia, sebab Nilam tak sekurus itu.

    Terdahulu, Nilam menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan wanita berniqab yang berada di dalam kereta bersama Azlan adalah dirinya.

    MENARIK:  Niezam Zaidi Terkejut Dengan Keadaan Nonny Nadirah, Sifatkan Bekas Kekasih Wanita Baik – ‘Dia Suka Bersedekah, Jaga Keluarga’

    Imbas kembali, Nilam telah mengejutkan ramai apabila mendedahkan Azlan akan berkahwin lagi malah dia juga sudah bertemu dengan bakal madunya.

    Nilam kemudian hadir ke mahkamah pada 9 April lalu bagi memfailkan fasakh.

    Untuk rekod, Azlan dan Nilam mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022 dan belum dikurniakan cahaya mata.


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah