Pelakon Intan Najuwa tampil membuat pendedahan berhubung isu hutang melibatkan seorang pereka fesyen terkenal yang didakwa gagal melunaskan bayaran pinjaman seperti yang telah dipersetujui dalam kontrak.
Artikel Berkaitan: ‘Kalau Nak Suasana Tenang & Diam, Naik Private Jet’ – Intan Najuwa Tegur Sikap ‘Entitled’, Tidak Suka Budak Kecil
Artikel Berkaitan: Didakwa Sunting Gambar Untuk Nampak Muda, Netizen ‘Backup’ Intan Najuwa – ‘Yang Penting Suami Dia Fully Provider’
‘Rasa hormat sudah hilang’

Menerusi perkongsian tersebut, Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, memaklumkan bahawa isu berkenaan sudah berlarutan selama beberapa tahun sehingga menjejaskan hubungan baik di antara mereka.
Ada satu famous designer ni, Masa perlukan loan, nak kita invest, janji manis bukan main. Bila tiba masa bayar balik, ikut perjanjian black & white, jumlah yang dipersetujui, tiba-tiba jadi ular, pandai putar belit. Kalau sikit takpe, berjuta ya jumlahnya.
Tak apa. Kita ada agreement, bukti dan peguam. Cakap sentiasa boleh diputarkan, tapi fakta dan kontrak tak boleh lari.
Sejujurnya, kami memang tidak pernah merancang untuk dedahkan perkara ini di media sosial. Sejak awal lagi, kami hanya mahukan kedamaian, tiada drama, dan pastinya tidak mahu mengakhiri segalanya dengan cara yang buruk.
Tetapi hal ini sudah berlarutan selama bertahun-tahun.
Tunjuk mewah tapi tak bayar hutang?

Malah, individu terbabit didakwa tidak menuruti kontrak dan perjanjian yang ditetapkan.
Kami telah melabur dalam banyak perniagaan, kebanyakannya tiada masalah. Bila tiba soal membayar balik, pelbagai alasan diberi, memutar cerita seolah-olah kami tidak tahu undang-undang, sedangkan semuanya sudah jelas hitam putih dalam kontrak.
Ia sudah terlalu melampau. Pada tahap ini, rasa hormat sudah hilang. Bila kepercayaan berulang kali dikhianati, ia tidak boleh dibeli semula walau sehebat mana pun anda cuba nampak ‘mewah’ di luar sana.
Individu berkenaan mendakwa pereka fesyen tersebut pada awalnya memohon pinjaman dan berjanji untuk membayar kembali jumlah yang dipersetujui. Namun, apabila tiba masa melunaskan hutang, pelbagai alasan diberikan.
Dalam pada itu, pelakon drama Racun Rihanna ini turut menyindir gaya hidup mewah yang sering ditunjukkan oleh pereka fesyen berkenaan di media sosial walaupun masih gagal melangsaikan hutang.
So funny, hidup lavish sangat tayang mewah sana sini, kereta, bercuti tapi nak langsaikan hutang yang wajib dibayar pun tak boleh. True wealth bukan apa yang ditunjuk, tapi bagaimana kita hormat janji dan amanah.
Tak sabar nak reveal siapa.
Pendedahan tersebut menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen mengenai siapakah pereka fesyen yang dimaksudkan.
Sumber: Instagram Intan Najuwa
The post Intan Najuwa Sindir Pereka Fesyen, Suka Tayang Kekayaan Tapi Tak Bayar Hutang – ‘Janji Manis Bukan Main’ first appeared on OHBULAN!.





