Pelakon Datin Intan Najuwa, akhirnya hilang sabar selepas menjadi mangsa gangguan seorang individu yang tidak dikenali sejak beberapa bulan lalu.
Artikel Berkaitan: Yuna Rahim Kagum Lihat Intan Najuwa ‘Turun Padang’ Layan Pelanggan Di Kafe Setiap Hari – ‘Dalam Keadaan Hamil, Dia Masih Kuat’
Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Alami Alahan Teruk Trimester Pertama – ‘Mual & Migrain Setiap Hari..Tak Boleh Hidu Bau Makanan, Nasi’
Intan Najuwa jadi mangsa buli siber

Menerusi satu hantaran di aplikasi Threads, Intan mendedahkan bahawa dia telah pun mengambil tindakan undang-undang dengan membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.
Guys, tak payahlah layan orang gila dekat thread tu okay. Saya dah pun buat laporan polis dan orang di sebalik akaun tu sebenarnya adalah seorang lelaki.
Pelakon drama Racun Rihanna ini juga mendakwa individu itu sengaja mencipta pelbagai akaun media sosial semata-mata untuk membuli dan memprovokasi dirinya secara maya tanpa henti.
Dia dah kacau saya berbulan-bulan dah. Bukan setakat dia buat banyak akaun palsu untuk spam dan kacau saya.
Dia siap berani telefon pejabat Kelab Polo tak henti-henti bila dia tahu saya ada dekat sana semata-mata nak ganggu saya. Benda ni jadi hampir setiap hari.
Jadi, saya dah buat keputusan untuk biarkan pihak berkuasa pula yang uruskan hal ni sekarang.
Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila seorang individu secara terbuka melemparkan tuduhan kononnya Intan sering ‘menyusahkan’ dan kerap meminta pelbagai barangan mewah serta hadiah daripada suaminya.
Malah, akaun terbabit turut menggunakan kata-kata kasar yang cuba menggambarkan pelakon itu sebagai seorang yang hanya mementingkan kebendaan.
Sumber: Threads Intan Najuwa
The post Intan Najuwa Buat Laporan Polis, Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber Akaun Palsu – ‘Dia Dah Kacau Saya Berbulan’ first appeared on OHBULAN!.





