31.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Intan Najuwa Alami Alahan Teruk Trimester Pertama – ‘Mual & Migrain Setiap Hari..Tak Boleh Hidu Bau Makanan, Nasi’

    Shopee Sale

    Pelakon Datin Intan Najuwa, baru-baru ini berkongsi pengalamannya menempuhi fasa awal kehamilan kedua menerusi satu hantaran di Instagram. 

    Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Umum Hamil Anak Kedua – ‘Lunara Bakal Jadi Kakak’

    Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Tunjuk Beg Tangan Pertama Pemberian Suami, Hadiah Mengorat Waktu Bercinta

    Pengalaman trimester pertama

    Intan atau Intan Najuwa Abdul Wahid, 29, menyifatkan trimester pertama kehamilan keduanya ini sebagai satu tempoh yang sangat mencabar berbanding sebelum ini.

    Kurang tenaga, mual dan migrain hampir setiap hari. Saya tak boleh makan banyak dan langsung tiada selera. 

    Hanya bertahan makan buah-buahan, lepas tu akan muntah. Berat badan susut beberapa kilogram sepanjang trimester pertama.

    Minuman yang boleh saya minum jus epal dan apa-apa yang masam. Minum air kosong pun saya rasa loya dan akhirnya muntah.

    Saya banyak makan buah beri dan makanan ringkas yang boleh mengenyangkan sebab bau masakan biasa atau nasi buat saya rasa mual.

    Bagi mengurangkan rasa mual, pelakon drama Racum Rihanna ini mengamalkan pengambilan teh ros pada setiap hari.

    Smoothie bowls jadi makanan ruji saya sebab antara boleh diterima oleh perut. Buah epal jadi “penyelamat” dan teman baik saya.

    Syukur dengan layanan suami

    View this post on Instagram

    A post shared by Intan Najuwa (@intannajuwa)

    Disebabkan keadaan fizikal yang lemah serta sensitif terhadap cahaya matahari, Intan lebih banyak menghabiskan masa di dalam bilik dengan menonton filem.

    MENARIK:  Ulasan Filem: ‘Munafik: Melawan Iblis’ – Bila Roh Karya Malaysia Dibalut Dalam Nuansa Seram Indonesia

    Selain itu, Intan juga menitikberatkan penjagaan kulit untuk mengurangkan risiko kesan regangan (stretch marks).

    Dalam pada itu, Intan meluahkan rasa syukur kerana suaminya sentiasa memberikan layanan yang terbaik kepadanya.

    Hampir setiap minggu, dia bagi saya bunga sebab nak tengok saya tersenyum dan kembali menjadi diri sendiri.

    Satu- satunya waktu saya keluar rumah bila suami berkeras nak bawa membeli-belah sebab nak saya merasa lebih baik dan kembalikan senyuman saya.

    Pada Khamis, Intan berkongsi khabar gembira apabila disahkan hamil anak kedua. 

    Untuk rekod, Intan mendirikan rumah tangga dengan usahawan Datuk Ahmad Azraf Azman pada Ogos 2023.

    Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan anak pertama iaitu Lunara pada 15 Disember 2024.

    Sumber: Instagram Intan Najuwa

    The post Intan Najuwa Alami Alahan Teruk Trimester Pertama – ‘Mual & Migrain Setiap Hari..Tak Boleh Hidu Bau Makanan, Nasi’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah