26.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Individu Kecewa Meja Tak Boleh Gabung Di Rembayung, Khairul Aming Tampil Beri Respon – ‘Cik Buat Dua Tempahan Berasingan…’

    Shopee Sale

    Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming tampil memberikan respons terhadap individu yang meluahkan rasa kurang senang dan kecewa susulan tindakan pihak restoran Rembayung yang tidak membenarkan meja makan digabungkan, baru-baru ini.

    Artikel Berkaitan: Individu Jumpa Cengkerang Dalam Sambal, Khairul Aming Mohon Maaf – ‘Macam Mana Boleh Terlepas QC’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Khairul Aming Menangis Kenang Arwah Bapa – ‘Dulu Nak Beli Ubat Tak Ada Duit, RM50 Pun Saya Tak Mampu Nak Bagi’

    Penjelasan

    View on Threads

    Menurut pemilik nama Khairul Amin Kamarulzaman, individu berkenaan telah membuat dua tempahan pada waktu dan jumlah tetamu yang berbeza.

    Jelas Aming atau mesra disapa KA, meja yang disediakan untuk individu itu bukanlah meja panjang yang mampu memuatkan lapan orang sekiranya digabungkan.

    Pun begitu, KA menegaskan bahawa pihaknya tetap berusaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan meskipun restoran Rembayung beroperasi pada kapasiti penuh.

    Untuk penjelasan, Rembayung ada dua jenis meja, meja panjang dan petak. Meja dalam gambar ni adalah meja petak di mana bila digabung, cuma akan muat enam orang, bukan lapan orang.

    Cik buat dua tempahan berasingan empat orang (8 malam) dan empat orang (8.15 malam) dan kami cuba yang terbaik dapatkan meja sebelah-sebelah walaupun restoran sedang full house.

    Cuma dua meja petak ni tidak boleh digabung sebab akan jadi table 6 orang, lagi kurang orang yang muat dari yang asal 4 orang + 4 orang.

    Terdahulu, seorang individu meluahkan rasa terkilan apabila pihak restoran Rembayung tidak membenarkan meja makan digabungkan untuk keluarganya yang hadir bagi meraikan ulang tahun kelahiran ibu mentuanya.

    MENARIK:  Intan Najuwa Alami Alahan Teruk Trimester Pertama – ‘Mual & Migrain Setiap Hari..Tak Boleh Hidu Bau Makanan, Nasi’

    Perkongsian itu kemudiannya mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

    Sumber: Threads

    The post Individu Kecewa Meja Tak Boleh Gabung Di Rembayung, Khairul Aming Tampil Beri Respon – ‘Cik Buat Dua Tempahan Berasingan…’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah