Nama penyanyi Indonesia, Rizky Billar, sekali lagi menjadi perhatian selepas seorang individu tampil mengkritiknya susulan isu yang tercetus di Konsert Gema Bumantara Siti Nurhaliza pada Sabtu lalu.
Artikel Berkaitan: Suami Lesti Kejora Dakwa Bodyguard Tegur Anak Kasar, Izara Aishah Sedia Ambil Tindakan – ‘Maaf Atas Kekurangan’
Artikel Berkaitan: Lesti Kejora Buka Mulut Isu Anak Didakwa Ditegur Kasar Bodyguard Izara Aishah
Tindakan lalu kasari isteri
View on Threads
Menerusi ciapan yang dimuat naik, individu berkenaan mengungkit dakwaan keganasan rumah tangga membabitkan penyanyi itu dan isterinya, Lesti Kejora, sebelum ini.
Menerusi komen itu, individu tersebut mengingatkan kembali tindakan Rizky yang didakwa pernah memukul Lesti sehingga separuh mati.
Dulu kau pukul Lesti sampai separuh mati. Tak tahu malu ke? Dekat rumah tiada cermin ke?
Tidak berdiam diri, Rizky membalas kritikan tersebut dengan mempersoalkan dakwaan bahawa isterinya dipukul seperti yang diperkatakan.
Selain itu, Rizky turut mengaitkan kenyataannya dengan tindakan Lesti yang menunaikan ibadah umrah tiga hari selepas kejadian.
Separuh mati kau kata? Tiga hari kemudian isteri saya tunaikan ibadah umrah.
Kau ingat umrah ibadah ringan ke?
Sebelum ini, Rizky dalam hantaran di Threads mempersoalkan tindakan Izara yang menegur pasukannya selain mendakwa pengawal peribadi aktres itu memberi layanan kasar terhadap anaknya.
Isu mula timbul apabila Izara menerusi hantaran di Threads pada pagi Isnin mendakwa pasukan Lesti bersikap kurang mesra dan memilih individu tertentu untuk bertegur sapa ketika Konsert Gema Bumantara Siti Nurhaliza, Sabtu lalu.
Untuk info, Lesti merupakan antara artis jemputan yang membuat persembahan pada Konsert Gema Bumantara Siti Nurhaliza di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Sumber: Threads
The post Rizky Billar Disindir Isu Rumah Tangga, Nafi Dakwaan Pukul Lesti Kejora Separuh Mati – ‘Tiga Hari Kemudian Dia Tunai Umrah’ first appeared on OHBULAN!.





