Pelakon Fattah Amin, meluahkan rasa gembira melihat telatah dan hubungan yang semakin erat antara anak-anaknya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Amira Othman Syukur Tak Kemurungan Lepas Bersalin – ‘Saya Ada Suami Yang Sangat Supportive’
Jaga anak-anak

Ketika ditemui OhBulan, pemilik nama Abdul Fattah Mohd Amin, 35, ini berkongsi mengenai perkembangan terkini cahaya matanya iaitu Muhammad Jarir Umar yang hampir memasuki usia empat bulan.
Sekarang, Alhamdulillah sudah pandai meniarap sikit-sikit. Sebelum ni, dia terlentang sahaja. Tangan dia pun semakin kuat.
Selain daripada tu, kami berdualah, sibuk melayani Fatima dan Jarir.
Menurut Fattah, anak sulungnya Nur Fatima Aisya sering bermain bersama adiknya setiap kali berkunjung ke rumah.
Setiap kali Fatima datang, saya nampak ‘bonding’ mereka semakin kuat.
Macam hari tu ketika sesi live, dia tanya, “Daddy, boleh tak nak bawa Jarir (masuk live)?Nak tunjuk.”
Biasalah, dia tak tahu kan. Jadi saya cakap, belum lagi Jarir masih kecil.
Tapi nanti insyaAllah bila Jarir sudah besar sedikit kami akan kongsikan (wajah).
Kami tahu ramai yang teruja dan teringin (melihat Jarir) tetapi belum tiba masanya lagi.
Fattah berkata demikian ketika ditemui pada di Anugerah Melodi Terhangat 2026 yang diadakan di Selangor International Trade Centre (SITC), Shah Alam pada Ahad.
Dalam masa yang sama, pelakon drama Andai Masih Ada Maaf itu turut berkongsi mengenai rutin harian selepas kelahiran anak lelakinya tersebut.
Saya sibuk juga dengan penggambaran tapi siapa yang ada anak kecil, mereka akan faham.
Kena bangun tengah malam itu biasa, bagi susu dan sebagainya. Walaupun ada kerja pagi, akan automatik terbagun sekali kalau anak terjaga.
Saya bantu isteri juga. Sebenarnya kita sama-sama. Amira dan saya menjaga Jarir yang selalu terjaga waktu malam.
Untuk rekod, Fattah dan Amira Othman selamat menimang cahaya mata mereka pada 23 Jun lalu.
Fattah juga dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Fatima hasil daripada perkahwinan bersama bekas isteri, Nur Fazura.
The post [VIDEO] Fattah Amin Gembira Lihat Anak-Anak Makin Erat – ‘Setiap Kali Fatima Datang, Saya Nampak Bonding Dia & Jarir’ first appeared on OHBULAN!.





