Pendakwah bebas, PU Riz menasihatkan orang ramai supaya tidak berlebihan dalam menilai, mengkritik dan menghukum kesilapan seseorang.
Artikel Berkaitan: PU Riz Gesa Umat Islam Terus Peduli Nasib Masjidil Aqsa
Artikel Berkaitan: PU Riz Teruja Ceramah Depan Masyarakat India, Pertama Kali Berdepan ‘Crowd’ Berbeza
Jangan menghukum
View on Threads
PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail menegaskan kelemahan individu dalam satu perkara tidak seharusnya memadamkan segala kebaikan yang pernah dilakukannya sebelum ini.
Janganlah melampau menyebut perihal seseorang.
Sekalipun mungkin ada keburukan individu itu tidaklah ia memadamkan segala yang baik tentangnya.
Tak perlu kutuk dan malukan sesiapa. Dia gagal dalam satu hal, bukan bermaksud sampai bila-bila dia di situ.
Dalam masa yang sama, suami kepada usahawan, Neelofa itu turut mengingatkan umat Islam agar berpegang kepada ajaran al-Quran yang menuntut umatnya menjadi ummatan wasata (umat yang bersederhana).
Al-Quran megajar jadi امة وسطاً, jadilah umat yang bersederhana, juga tidak melampau dalam ukuran pada sesiapa.
Sedangkan yg bawa dosa sebesar langit pun diampun tuhan, inikan pula dosa seorang ayah yang mungkin ada baiknya.
Sumber: Threads
The post ‘Janganlah Melampau Menyebut Perihal Seseorang, Tak Perlu Kutuk & Malukan’ – PU Riz first appeared on OHBULAN!.





