29.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Kalau Saya Dibela & Ditaja, Mana Buktinya?’ – Ruhainies

    Shopee Sale

    Pelakon Ruhainies meminta individu yang memfitnah dirinya mempunyai hubungan sulit dengan seorang individu berpengaruh (VIP) supaya mengemukakan bukti.

    Artikel Berkaitan: Ruhainies Nekad Saman Penyebar Fitnah, Tuntut Ganti Rugi RM3 Juta Setiap Individu – ‘Mereka Anggap Saya Main-Main’

    Artikel Berkaitan: Ruhainies Nekad Ambil Tindakan Undang-Undang, Enggan Mengalah Demi Keadilan

    Ruhainies nafi dibela

    Ketika ditemui , pemilik nama Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 34, mengakui tidak mengetahui punca khabar angin itu mula tersebar sehingga menjejaskan reputasinya.

    Dari mana punca pun saya tak tahu. Lainlah kalau ada gambar yang tersebar atau terserempak saya dengan individu itu di luar. Kalau ada, saya akan faham. Bagaimana mulanya tuduhan itu, saya pun tak tahu.

    Bila tanya individu yang buat tuduhan pun mereka tidak tahu. Katanya mereka hanya menulis sahaja. Niat mereka hanya mahu menjatuhkan reputasi dan memburukkan nama saya.

    Saya tak kata nama saya bersih selama ini. Saya pun ada terpalit kontroversi juga. Walau dah kotor sekali pun, takkan nak kotorkan lagi. Mereka kaitkan saya bukan dengan orang biasa-biasa. VIP pula tu.

    Ruhainies berkata sedemikian ketika ditemui di acara sidang media bersama peguam yang berlangsung di Restoran Cili Kampung, Sri Hartamas, Kuala Lumpur pada Selasa.

    MENARIK:  4U2C Anjur Konsert Selepas 30 Tahun – ‘Kami Takkan Miming & Akan Menari’

    Dalam pada itu, pelakon drama Keturunan itu menyifatkan dakwaan tersebut agak keterlaluan dan mencabar penyebar fitnah mengemukakan bukti sekiranya tuduhan itu benar.

    Saya rasa dakwaan itu melampau. Saya kerja keras selama ini tapi senang-senang orang kata saya dibela dan ditaja. Kalau perkara ini benar, mana buktinya. 

    Kalau boleh dibuktikan, saya pun takut nak ambil tindakan. Kalau orang dapat korek macam mana? Saya berani kerana benar. Kalau benar, buktikanlah. Samanlah saya.

    Terdahulu, Ruhainies memaklumkan sudah melantik dua peguam daripada dua firma guaman berbeza bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap tiga individu yang didakwa menyebarkan fitnah membabitkan dirinya.

    Kesemua mereka dituntut untuk membuat permohonan maaf, akujanji untuk menarik atau memadam segala kenyataan fitnah, berhenti mengulangi tomahan dan menganggumg kos guaman.

    Kegagalan berbuat sedemikian dalam tempoh tujuh hari, pihak Ruhainies bakal menuntut ganti rugi bernilai RM3 juta bagi setiap individu.

    The post [VIDEO] ‘Kalau Saya Dibela & Ditaja, Mana Buktinya?’ – Ruhainies first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah