Pelakon Ruhainies nekad mengambil tindakan undang-undang susulan fitnah yang mendakwa dirinya menjalinkan hubungan sulit dengan seorang individu berpengaruh.
Artikel Berkaitan: Ruhainies Nekad Ambil Tindakan Undang-Undang, Enggan Mengalah Demi Keadilan
Artikel Berkaitan: Ruhainies Mahu Dikenali Dengan Bakat Lakonan, Akui Kontroversi Beri Kesan Pada Karier – ‘Jangan Campur Aduk Dengan Isu Peribadi’
Ambil tindakan

Ketika ditemui , peguam yang mewakilinya, Fakhrul Azman Abu Hassan daripada Tetuan Azaine & Fakhrul dan Mohd Haizal Ayop daripada EzriLaw Firm, memaklumkan bahawa laporan polis telah dibuat di Balai Polis Damansara Wangi pada Ahad lalu.
Menurut Mohd Haizal, aktres itu telah memberikan beberapa nama individu yang dipercayai terlibat dalam penyebaran fitnah berkenaan kepada pihak polis.
Setakat ini, kita sudah mengenal pasti tiga orang individu. Kami masih mengumpul nama-nama lain dan kemungkinan besar bilangan mereka akan bertambah.
Jelasnya lagi, pihak peguam akan mengeluarkan Notis Tuntutan (LOD) kepada individu terbabit bagi menuntut mereka bertanggungjawab atas hantaran yang dimuat naik, memadamkan kandungan berkenaan, menandatangani aku janji untuk tidak lagi memuat naik sebarang kandungan berkaitan Ruhainies serta membuat permohonan maaf secara terbuka.
Ruhainies sentiasa terbuka untuk berjumpa dengan mereka bagi permohonan maaf tanpa sebarang syarat. Sekiranya Notis Tuntutan yang dihantar tidak dipatuhi dalam tempoh 7 hari, tindakan sivil di mahkamah akan difailkan. Kami akan menuntut ganti rugi sebanyak RM3 juta daripada setiap individu terbabit.
Mohd Haizal berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media bersama wakil peguam yang diadakan di Cili Kampung, Sri Hartamas, Kuala Lumpur pada petang Selasa.
Sementara itu, seorang lagi peguam yang mewakili Ruhainies iaitu Fakhrul Azman memaklumkan bahawa kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia berhubung dakwaan fitnah serta penyebaran kandungan palsu.
Menurutnya, pihak yang diadu akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Damansara Wangi untuk memberikan keterangan dalam masa terdekat.
Kami mempunyai bukti dokumen dan gambar, cuma tidak dikemukakan hari ini. Kenyataan yang dibuat di platform Threads sangat serius kerana individu yang dikaitkan dengan Ruhainies merupakan seorang public figure.
Komen-komen yang ditinggalkan juga berniat jahat dan negatif, seolah-olah menggambarkan Ruhainies terlibat dengan individu kaya dan sebagainya. Ini tidak wajar dan tidak benar sama sekali kerana Anies hanya menjalankan kerjayanya sebagai seorang pelakon.
Ruhainies berkata, dia sebelum ini hanya menafikan dakwaan berkenaan menerusi media kerana menganggapnya sebagai perkara kecil.
Bagaimanapun, keadaan itu dilihat semakin serius sehingga dia akhirnya nekad mengambil tindakan undang-undang.
Apabila saya menafikan, mereka menganggap saya seperti bermain-main, seolah-olah sesiapa sahaja boleh menafikan.
Oleh itu, saya rasa sudah tiba masanya untuk mengambil tindakan undang-undang. Ini bagi membuktikan bahawa saya serius serta menegaskan bahawa tuduhan tersebut adalah fitnah semata-mata.
The post Ruhainies Nekad Saman Penyebar Fitnah, Tuntut Ganti Rugi RM3 Juta Setiap Individu – ‘Mereka Anggap Saya Main-Main’ first appeared on OHBULAN!.





