31.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Berhenti Suruh Aku Pakai Makeup Atau Cari Treatment Cover Muka, Annoying Gila’ – Space Dollah

    Shopee Sale

    Pempengaruh, Space Dollah meminta orang ramai supaya berhenti menyuruhnya menggunakan alat solek atau menjalani rawatan semata-mata untuk menutupi keadaan kulitnya yang mengalami vitiligo atau lebih dikenali sebagai penyakit sopak.

    Artikel Berkaitan: Space Dollah Pertahan Bella Astillah – ‘Yang Penting Siapa Dia Hari Ini, Bukan Kisah Silamnya’

    ‘Muka aku seni’

    Dollah atau nama sebenarnya Syed Abdullah Syed Abdul Rahman mengakui kurang selesa apabila masih ada segelintir individu yang mempersoalkan penampilan fizikalnya dan mencadangkan supaya tompok pada kulitnya disembunyikan.

    Sudahlah tu, berhenti suruh aku pakai makeup, cari treatment, semata-mata nak suruh cover muka aku. Annoying gila.

    Abang kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq itu turut menyifatkan keadaan kulitnya sebagai satu keunikan yang dikurniakan Allah SWT dan tidak melihat keperluan untuk menyembunyikannya.

    Allah dah jadikan muka aku ini ‘seni’. Jadi kenapa aku nak tutupnya? Korang patut cemburu kan.

    Terdahulu, Dollah mendedahkan dirinya telah didiagnosis menghidap vitiligo iaitu keadaan kulit yang menyebabkan kehilangan pigmen pada bahagian tertentu sehingga membentuk tompok-tompok putih atau cerah berbanding warna asal kulit.

    Vitiligo bukan penyakit berjangkit dan tidak membahayakan kesihatan fizikal secara langsung. Namun, perubahan warna kulit yang ketara boleh memberi kesan terhadap keyakinan diri serta emosi sesetengah individu yang mengalaminya.

    MENARIK:  [VIDEO] Qadejah Nak Kahwin Lambat, Selesa Duduk Dengan Mak Ayah – ‘Saya Tak Perlu Bayar Apa-Apa’

    Dalam perkembangan lain, Dollah tercalon dalam kategori Content Creator Paling Viral di Paling Viral Online 2.0 (OBPVO).

    Paling Viral Online 2.0 (OBPVO) mempertandingkan sembilan kategori iaitu Penyanyi Gen Z Paling Viral, Peniaga Paling Viral, Nepo Baby Paling Viral, Pelakon Paling Viral, Content Creator Paling Viral, Filem Paling Viral, Drama Paling Viral, Lagu Paling HOT dan Kelab Peminat Paling Viral.

    Undian dibahagikan kepada dua fasa, iaitu Top 15 dari 2 November hingga 1 Disember 2026, diikuti Top 5 dari 7 Disember 2026 hingga 8 Januari 2027. Setiap pengguna boleh mengundi sehingga 50 kali sehari.

    Jangan lepaskan peluang menyaksikan Paling Viral Online 2.0 pada 15 Januari 2027, jam 9 malam, yang akan disiarkan secara langsung menerusi akaun TikTok rasmi

    Jom meriahkan kempen ini dengan menggunakan tanda pagar rasmi #OhBulanPalingViralOnline2.0 dan layari laman rasmi Paling Viral Online 2.0 untuk maklumat lanjut serta mengundi calon pilihan anda!

    Sumber: Threads

    The post ‘Berhenti Suruh Aku Pakai Makeup Atau Cari Treatment Cover Muka, Annoying Gila’ – Space Dollah first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah