Siapakah bakal mengungguli dunia hiburan dan digital kali ini? Paling Viral Online 2.0 (OBPVO) kembali dengan sembilan kategori dipertandingkan.
Artikel Berkaitan: OBPVO: Anna Jobling Dinobat Paling Viral Online
Artikel Berkaitan: Anna Jobling Syukur Hubungan Dengan Ibu Kembali Jernih – ‘Syurga Saya Di Bawah Tapak Kaki Dia’
9 kategori OBPVO 2.0

OBPVO edisi kedua ini menyaksikan kemunculan empat kategori baharu iaitu Penyanyi Gen Paling Viral, Peniaga Paling Viral, Nepo Baby Paling Viral dan Pelakon Paling Viral.
Manakala lagi lima kategori lain yang turut dipertandingkan ialah Content Creator Paling Viral, Filem Paling Viral, Drama Paling Viral, Lagu Paling HOT dan Kelab Peminat Paling Viral.
Persaingan akan berlangsung dalam dua peringkat. Undian Top 15 dibuka dari 2 November hingga 1 Disember 2026 sebelum calon yang berjaya mara ke Top 5 bersaing dari 7 Disember 2026 hingga 8 Januari 2027.
Setiap pengguna boleh mengundi sehingga 50 kali sehari, manakala keputusan pemenang ditentukan sepenuhnya berdasarkan undian orang ramai.
Ketua Kandungan Editorial , Noor Zulaikha Yusof berkata, maklum balas positif terhadap edisi pertama mendorong pihaknya memperluas pengiktirafan kepada lebih ramai individu menerusi penganjuran kali ini.
Kami memperkenalkan empat kategori baharu bagi memberi ruang kepada lebih ramai individu untuk diiktiraf, di samping mengekalkan kategori khas buat peminat sebagai tanda penghargaan atas sokongan berterusan mereka.
Kami percaya dengan sokongan semua, edisi kali ini akan memberi impak yang lebih besar.
Pemenang Paling Viral Online 2.0 bakal diumumkan menerusi siaran langsung di TikTok rasmi pada 15 Januari 2027, jam 9 malam.
Bagi memeriahkan kempen, promosi turut dijalankan menerusi TikTok, YouTube, audio siar Show Dalam Bilik, pengiklanan digital dan artikel portal. Program ini juga mendapat sokongan kerjasama strategik bersama rancangan TV3, Malaysia Hari Ini dan Wanita Hari Ini, selain sesi temu bual di Hot FM dan Kool 101.
Peminat boleh mengikuti perkembangan terkini menerusi tanda pagar #palingviralonline2.0.
Maklumat lanjut serta proses undian boleh didapati melalui laman rasmi atau Paling Viral Online.
The post Paling Viral Online 2.0 Kembali Lagi! Sembilan Kategori Jadi Rebutan first appeared on OHBULAN!.





