Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq memberikan pendapat dan pandangannya mengenai situasi hari ini di mana ramai anak muda cenderung untuk menjadi pempengaruh.
Artikel Berkaitan: Khairul Aming Nasihat Anak Muda Utamakan Pendidikan
Perlu ada pendidikan
Menurut pemilik nama Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, tidak menjadi kesalahan bagi anak muda menceburi dunia ‘influencer’, namun perlulah menjadikan pendidikan sebagai satu keutamaan.
Jangan kita terkabur mata dan menganggap, ‘Senang saja jadi pempengaruh’. Tetapi berapa ramai yang berjaya?
Saya tak ada masalah jika ada di kalangan pelajar nak jadi ‘influencer’ tetapi saya selalu katakan bahawa ‘influencer’ yang paling berjaya adalah yang berpendidikan.
Syed Saddiq berkongsi perkara tersebut menerusi sesi podcast ‘Kita-Kita Aje Podcast’ bersama pengacara terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi.
Menerusi podcast itu juga, Syed Saddiq mahu anak muda menjadikan Khairul Aming sebagai contoh pempengaruh yang berjaya dengan pendidikan yang dimilikinya.
Seperti Khairul Aming, orang anggap dia hanya memasak dan buat bisnes tetapi macam mana dia berjaya?
Dia berpendidikan dan belajar di luar negara.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dan sependapat dengan Syed Saddiq dan menganggap betapa pentingnya pendidikan dalam diri anak muda.
Komen netizen



Sumber: TikTok
The post ‘Influencer Berjaya Adalah Yang Berpendidikan’ – Syed Saddiq first appeared on OHBULAN!.



Nak jadi orang pertama dengar? Follow & Subscribe Youtube dan Spotify Kita Kita Aje sekarang! #KitaKitaAjePodcast #SyedSaddiq #BellaAstillah #BASS #PodcastViral #Politics

