Usahawan dan selebriti media sosial, Khairul Aming mengakui industri restoran yang diceburinya menuntut cabaran besar serta ketahanan tinggi.
Artikel Berkaitan:[VIDEO] Khairul Aming ‘Owner’ Restoran Rembayung, Simpan Rahsia Setahun – ‘Modal RM4 Juta Di Atas Tanah 8,000 Kaki’
Industri restoran tidak mudah

Khairul Aming, 33, berkata industri makanan dan minuman mempunyai risiko tinggi untuk bertahan lama kerana melibatkan aspek perkhidmatan, kualiti serta kepuasan pelanggan yang perlu dijaga secara konsisten.
Memang betul, industri restoran ini bukan satu perkara yang senang dan mudah. Sangat berisiko tinggi untuk tidak kekal lama kerana melibatkan servis dan perkhidmatan.
Dalam pada itu, Khairul Aming turut menegaskan penglibatannya dalam bidang restoran bukan sekadar mengikut trend, sebaliknya sebagai satu proses pembelajaran dan pengalaman baharu sebagai usahawan.
Saya berniaga bukan untuk membuktikan saya betul atau salah, tetapi semua ini saya lakukan kerana mahu belajar.
Terdahulu, pada Disember lalu, Khairul Aming mengumumkan bakal membuka restoran pertamanya yang diberi nama Rembayung, terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Restoran tersebut dibangunkan dengan kos sekitar RM4 juta dan menyajikan masakan kampung berasaskan resipi asli Khairul Aming sendiri.
Sumber: TikTok
The post ‘Industri Restoran Berisiko Tinggi Untuk Tidak Kekal Lama’ – Khairul Aming first appeared on OHBULAN!.





