30.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Individu Kerja Sambilan Di Restoran London Dedah Adab Uyaina Arshad – ‘90% Sombong Kecuali Dia

    Shopee Sale

    Seorang individu tampil mendedahkan keperibadian pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad, yang disifatkan sangat beradab dan berbudi bahasa ketika berkunjung ke sebuah restoran di London.

    Artikel Berkaitan: ‘Sangat Hebat!’ – Uyaina Arshad Kagum Dengan Ketabahan Wanita Hamil Di Usia 40 Tahun Ke Atas

    Artikel Berkaitan: Uyaina Arshad Mimpi Hamil Kembar Tiga – ‘Dua Lelaki, Seorang Perempuan’

    Selebriti/pempengaruh Malaysia sombong?

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, individu terbabit memaklumkan dirinya merupakan pekerja sambilan di restoran tersebut.

    Menurut pengalamannya, restoran tersebut sememangnya sering menjadi tumpuan selebriti dan pempengaruh dari Malaysia, namun dia mendakwa ramai antara mereka bersikap sombong.

    Saya pernah kerja sambilan dekat salah satu restoran Malaysia di London dan ramai selebriti dan pempengaruh suka datang.

    90 peratus daripada mereka sombong. Ye lah kita kerja pelayan saja kan. Tengok muka kita pun tak nak.

    Kecuali seseorang yang memang layak sebagai pempengaruh atau selebriti.

    Uyaina Arshad dipuji

    Berkongsi lebih lanjut, individu terbabit memuji personaliti Uyaina Arshad dan suami yang tidak lekang mulutnya daripada mengucapkan terima kasih kepada pelayan di restoran.

    MENARIK:  [VIDEO] Andika Putera Pasang Impian Mahu Beli Bangunan TRX – ‘Boleh Dilihat Sendiri Melalui Wajah Saya’

    Tambahnya, Uyaina telah mengubah persepsinya terhadap selebriti ekoran sifatnya yang kaya dengan adab.

    Nama dia Uyaina Arshad. Daripada pintu kedai lagi dah bagi salam, ucap terima kasih bukakan pintu. Tegur semua pelayan yang ada.

    Nak order pun tengok mata, tanya boleh ke.

    Mulut dia tak berhenti ucap terima kasih untuk setiap makanan kita letak atas meja. Lepas makan pun cakap lagi.

    Bukan dia saja, suami Uyaina pun sama. Nak tanya atau minta sesuatu, sopan dan beradab.

    Saya tidak begitu minat pada selebriti sebab tiada pandangan yang baik terhadap mereka, tapi Uyaina ubah pandangan saya.

    Sumber: Threads @nnh_potato

    The post Individu Kerja Sambilan Di Restoran London Dedah Adab Uyaina Arshad – ‘90% Sombong Kecuali Dia first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah