
Seorang individu dikejarkan ke klinik selepas berdepan masalah kesihatan apabila mengalami muntah dan cirit-birit selepas didakwa menjamu pizza wagyu daripada usahawan popular pada Ahad.
Terjadi selepas makan pizza



Menerusi komen di Threads, wanita tersebut berkongsi kejadian buruk yang didakwa terjadi selepas dia membeli pizza daripada usahawan terkenal itu.
Wanita itu mendakwa, ketika mendapatkan rawatan, doktor mengesyaki ia kemungkinan terjadi disebabkan caranya mengendalikan makanan.
Jelas wanita itu lagi, dia telah melaporkan kejadian itu ke pihak atasan.
Suami saya teringin nak rasa, nak tahu betul ke pizza ni sedap.
Kami baru balik daripada rawatan di klinik swasta.
Suami masih muntah dan cirit.
Perkara itu dikongsikan selepas seorang individu menyatakan rasa kurang senang terhadap cara usahawan popular itu mengendalikan perniagaan pizzanya.
Mangsa lain

Bukan itu saja, seorang lagi individu tampil mendakwa telah berdepan insiden yang sama selepas membuat pembelian pizza usahawan itu.
Pun begitu, individu tersebut berkongsi kejadian terjadi pada tahun 2023 sebelum usahawan itu bercerai dengan bekas isterinya.

Sebelum ini, seorang individu meminta pihak atasan untuk membuka kertas siasatan menyiasat perniagaan pizza wagyu usahawan itu yang disyaki mencurigakan.
Hal ini terjadi selepas usahawan itu dilihat sering membuka pesanan pizza melalui aplikasi WhatsApp dan membuat penghantaran secara drive thru.
Walaupun sudah bertahun menjalankan perniagaan, sehingga kini usahawan pizza itu masih lagi tidak membuka kedai atas alasan mahu mengekalkan keasliannya.





