
Selepas dihentam sejak kebelakangan ini, pempengaruh media sosial dan pencipta kandungan, Imran Bard menyatakan dia bakal merehatkan diri daripada media sosial buat sementara waktu.
‘Kenapa Ini?’

Keputusan itu dibuat menerusi ruangan komen hantaran satu video yang Imran meminta pengguna media sosial supaya berhenti untuk mengecam perbuatannya.
Sudah-sudahlah tu, kenapa ini? Kenapa marah sangat?
Video tersebut mendapat perhatian orang ramai terutamanya peminat Imran.
‘Saya akan berehat’

Rata-rata netizen memberi cadangan kepada Imran supaya mendiamkan diri daripada media sosial.
Bersetuju dengan cadangan itu, Imran berkata buat sementara waktu ini, dia tidak akan aktif di media sosial.
Saya akan take break okay.
Sementara itu, terdapat juga segelintir netizen juga menuntut Imran untuk membuat permohonan maaf kepada artis veteran, Ellie Suriaty.
Terdahulu, nama Imran hangat diperkatakan di media sosial seleas terpalit dengan kontroversi bersama Ellie.
Difahamkan, Imran memuat naik video yang menimbulkan fitnah terhadap pelakon berusia 54 tahun itu.





