27.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Noraniza Idris Dakwa Pernah Dapat Cek Tendang, Serik Buat Konsert Berbayar – ‘Saya Lebih Berjaga-Jaga’

    Shopee Sale



    Penyanyi, Noraniza Idris mengakui trauma untuk mengadakan konsert berbayar selepas menjadi mangsa penipuan beberapa tahun yang lalu.

    Jadi lebih berhati-hati

    Ketika ditemui , Noraniza, 57, berkata, tindakan segelintir syarikat yang hanya pandai menabur janji manis membuatkannya untuk menjadi lebih berjaga-jaga.

    Saya bukan sahaja serik, malah jadi trauma nak buat konsert sebab pernah dapat cek tendang daripada pihak penaja.

    Wakil syarikat itu pada awalnya memang bersungguh-sungguh mahu berkolaborasi, sekali gus berikan cek dahulu, tetapi malangnya itu cek tendang.

    Biarpun insiden itu sudah bertahun-tahun berlaku, saya masih ingat dan jadi takut nak buat konsert.

    Jadi saya akan lebih berhati-hati dan berjaga-jaga.

    Noraniza berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sidang media Konsert Eh Raya 2025 bertempat di Summit USJ, pada Rabu.

    Anjur konsert percuma

    Sehubungan dengan itu, penyanyi yang terkenal menerusi genre etnik kreatif ini mengambil keputusan untuk menganjurkan konsert bersempena perayaan Aidilfitri secara percuma di pusat beli belah yang sama pada 26 April ini.

    MENARIK:  [VIDEO] Ibu Teman Siti Jamumall Pergi Klinik, Netizen Nampak Kelibat Aiman – ‘Banyak Sangat Drama Sampai Tak Tahu Realiti’

    Ujar Noraniza, dia memilih untuk melakukannya secara percuma kerana mahu mengembalikan semula nostalgia raya dulu-dulu sekali gus memartabatkan seleksi lagu raya yang menjadi siulan ramai.

    Konsert ini bukan sekadar persembahan muzik, namun saya mahu membawa penonton menyusuri pengalaman rumah terbuka Hari Raya dalam bentuk sketsa, tarian dan nyanyian.

    Idea untuk melakukan konsert tanpa tiket berbayar ini muncul selepas saya pindahkan operasi Noraniza Idris Dance Academy (NIDA TARI) di Shah Alam dari Kuala Lumpur sejak Januari lalu.

    Menariknya, banyak pihak tampil memberi sokongan.

    Kami akan sajikan persembahan lagu raya penuh nostalgia seperti Rewang Raya dan Halal Bihalal diiringi lebih 60 penari Noraniza Idris Dance Academy (NIDA TARI) selain memasyarakatkan semula seni tradisional.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah