34.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Impian Lihat Marissa Diraikan Dalam Majlis Perkahwinan Terima Komen Negatif, Abby Abadi Selar Netizen – ‘Belajar Jaga Mulut’

    Shopee Sale

    Pelakon Abby Abadi menerima komen negatif daripada seorang warganet susulan luahan hasrat untuk melihat anaknya iaitu Marissa Dania Hakim mengadakan majlis resepsi perkahwinan.

    Artikel Berkaitan: Abby Abadi Berangan Adakan Majlis Perkahwinan Indah Buat Marissa Dania – ‘Dia Berhak Diraikan’

    Artikel Berkaitan: Trauma Isu Nafkah, Abby Abadi Ingatkan Danish Hakim Tentang Tanggungjawab

    Harapan seorang ibu

    Menerusi hantaran di Threads, Abby berkongsi komen individu terbabit yang didakwa meninggalkan kata-kata kesat terhadap Marissa.

    Tidak berdiam diri, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 48, mempertahankan Marissa dan menyelar kenyataan individu tersebut.

    Apalah yang sakit hati sangat dengan Abby Abadi? Saya ada kacau duit pencen awak ke?

    Jagalah diri tu baik-baik ya, belajar jaga mulut sebab saya dan anak saya tak terkait pun dengan kehidupan awak.

    Menurut Abby, sebagai seorang ibu dia mahu melihat anaknya duduk di jinjang pelamin suatu hari nanti andai diberikan kesempatan oleh Allah SWT.

    Awak salah faham. Saya tidak bermaksud nak raikan anak saya sekarang, saya cuma berangan untuk masa akan datang.

    Kalau ada kesempatan dan kalau Allah izinkan.

    Anak saya baru umur 20 tahun, jauh lagi perjalanan dia. Doakan yang baik-baik tak boleh ke?

    Sekadar info, Marissa Dania telah mendirikan rumah tangga bersama Ahmad Aslam sebagai isteri kedua di Thailand pada 27 Disember 2023.

    MENARIK:  Marc Sadique Mahu Buktikan Bukan Sekadar Pelakon Muka ‘Handsome’, Jawab Dakwaan Anak Emas Zeel Production

    Difahamkan, sehingga kini pasangan berkenaan masih belum mengadakan sebarang majlis resepsi secara rasmi.

    Sumber: Threads Abby Abadi

    The post Impian Lihat Marissa Diraikan Dalam Majlis Perkahwinan Terima Komen Negatif, Abby Abadi Selar Netizen – ‘Belajar Jaga Mulut’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah