Tahun ini, sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025, pelbagai jenama terkenal tampil dengan iklan-iklan pendek yang bukan je kreatif, tapi juga penuh makna dan menyentuh jiwa. Ada yang buat kita terharu, ada juga yang buat kita tersenyum sorang-sorang depan skrin.
Jom tengok senarai iklan Hari Kebangsaan 2025 yang wajib korang tonton tahun ni.
1. Petronas
PETRONAS kembali lagi dengan video menyentuh emosi!
Kisah kali ni mengisahkan Cikgu Murni, seorang guru sejarah yang penuh semangat patriotik. Tapi semangat tu diuji bila pelajarnya langsung tak berminat dengan Rukun Negara. Saksikan bagaimana beliau menghidupkan kembali rasa cinta pada negara dalam hati anak-anak muridnya.
2. Grab
Grab tampil dengan versi lagu patriotik Keranamu Malaysia mereka sendiri sebagai penghargaan kepada para pemandu, rider, dan team tech yang menggerakkan platform ini. Iklan ni betul-betul menunjukkan bahawa setiap perjalanan dan setiap pesanan dihantar dengan semangat rakyat Malaysia.
3. AmBank
Nak throwback zaman dulu? Iklan dari AmBank ni bawa kita imbau kenangan lama rakyat Malaysia, dari zaman nenek monyang hingga ke hari ini. Sangat menyentuh hati dan buat kita rasa bersyukur jadi anak Malaysia.
4. Boost
Iklan paling kelakar tahun ni jatuh kepada Boost! Bayangkan YB Simpan vs YB Shopping berdebat tentang siapa patut dapat bahagian gaji bulanan.
Kelakar, tapi real! Kena sangat dengan realiti anak muda sekarang pasal pengurusan kewangan.
5. Maxis
Tahun ini, Maxis keluarkan dua filem pendek istimewa.
Juara badminton wanita negara Pearly Tan dan M. Thinaah kongsikan apa yang buat mereka terus kuat berjuang untuk Malaysia.
Iltizam Khairul Anwar, pengasas aplikasi pembelajaran Pandai untuk menjadikan pendidikan berkualiti boleh diakses semua pelajar memang sangat inspiratif.
6. CelcomDigi
Dirakam di lebih 160 daerah, iklan ni menampilkan keindahan sebenar Malaysia, bukan je tempat, tapi kisah di sebaliknya. Dari sawah padi ke lorong kota, dari nelayan ke guru, semuanya diceritakan dengan penuh emosi.
7. Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)
Nak capai kemerdekaan kewangan? Iklan ASNB galakkan rakyat Malaysia, terutama golongan muda, untuk bijak melabur dan elakkan overspending. Bukan pasal duit je, tapi pasal masa depan dan kebebasan hidup.
The post Iklan Hari Kebangsaan 2025 Paling Menyentuh Hati & Inspiratif first appeared on OHBULAN!.





