26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ifa Raziah Pecat 2 Pekerja Tidak Amanah & Penipu Yang Mencuba Untuk Merugikannya

    Shopee Sale



    Penyanyi dan usahawan popular, Ifa Raziah tampil mengulas mengenai dakwaan ada pihak yang cuba menikamnya dari belakang agar perniagaan yang diusahakannya gagal.

    Mereka cuba jatuhkan saya

    Menerusi temu bual bersama Ifa Raziah mengakui ada seorang dua individu yang sanggup berbuat seperti itu terhadapnya.

    Mereka cuba jatuhkan saya. Saya juga terpaksa pecat dua pekerja sebab mereka menipu dan tidak jujur.

    Menurut Ifa, dua pekerja terbabit secara diam-diam memberikan khidmat mereka kepada pihak lain yang menganjurkan program berbeza.

    Bukan setakat itu sahaja, saya juga berdepan dengan ujian yang bertimpa-timpa sehingga terfikir untuk menamatkan saja penganjuran acara Starvendors yang dikendalikan setiap tahun.

    Berbicara mengenai acara Starvendors, Ifa memberitahu dia berdepan dengan masalah penajaan hingga membuatkan dirinya berasa tawar hati untuk meneruskan program berkenaan.

    Katanya lagi, perkara itu menyebabkan segala proses pengurusan acara itu menjadi lewat pada tahun ini.

    Bohonglah, kalau tidak menangis sebab saya memang sudah kecewa dari awal lagi kerana penganjuran edisi ke-15 ini membabitkan banyak isu. Saya juga pernah terfikir mungkin ini penganjuran acara yang terakhir kerana mahu fokus pada bisnes lain.

    Bagaimanapun, Ifa bersyukur kerana acara itu akhirnya mendapat kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) sebagai rakan strategik.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Saya Mimpi Masih Ada Tangan..Bukan Tak Bersyukur Tapi Rindu’ – Zubir Khan

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah