31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Idola Saya Shila Amzah, Kami Macam Kembar’ – Syada

    Shopee Sale

    Penyanyi, Syada Amzah mengakui berasa selesa sekiranya ada segelintir pihak yang menyamakan dirinya dengan kakaknya yang juga penyanyi terkenal, Shila Amzah.

    Artikel Berkaitan: Syada Amzah Mahu Ruang Sendiri Selepas 24 Tahun Kongsi Bilik – ‘Saya Penat, Bila Bangun Tidur Rasa Kecewa’

    Idolakan Shila

    Syada, 25, berkata, persamaan itu bukan sesuatu yang asing memandangkan mereka membesar bersama sejak kecil dan berkongsi personaliti yang hampir sama.

    Saya selesa sahaja orang panggil saya macam Shila Amzah. Kalau kawan-kawan jumpa saya atau kakak, mereka akan kata sebenarnya kami orang yang sama. Kami kelakar dan lebih kepada ‘dark humor’.

    Saya tak pernah ada masalah kalau orang nak cakap saya sama dengan kakak. Saya tak rasa ia sekadar perlian dan memang tak kisah sebab kami membesar sama-sama. Nak atau tak, kami memang akan nampak macam kembar.

    Syada berkongsi perkara tersebut ketika menjadi tetamu dalam podcast Bukak Mulut.

    MENARIK:  ‘Nabila Tak Pernah Kurang Ajar, Kami Berpisah Kerana Tiada Persetujuan Dalam Banyak Perkara’ – Sharnaaz Ahmad

    Dalam pada itu, Syada mengakui pada peringkat awal, tanggapan sedemikian sedikit sebanyak memberi kesan kepadanya sebelum dia belajar melihatnya dari sudut yang lebih positif.

    Kalau tahun-tahun lalu, tanggapan itu beri kesan juga. Saya tertanya-tanya kenapa orang kata begitu. Tapi lama-lama saya fikir, kami memang membesar sama-sama.

    Kalau orang pernah tengok majalah atau baca betul-betul, salah seorang idola saya memang Shila Amzah sebab nak tak nak, dia kakak saya.

    Tambah Syada, penglibatannya dalam dunia seni juga bermula sejak usia yang sangat muda apabila sering menemani Shila ke sesi rakaman.

    Dari umur saya lima tahun, saya dah ikut kakak pergi rakaman. Itu memang sebahagian daripada hidup saya. Kalau orang tanya siapa yang paling ‘multitalented’ dan ‘all rounded’, di mata saya memang kakak saya.

    Sumber: Instagram

    The post ‘Idola Saya Shila Amzah, Kami Macam Kembar’ – Syada first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah