31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Nabila Tak Pernah Kurang Ajar, Kami Berpisah Kerana Tiada Persetujuan Dalam Banyak Perkara’ – Sharnaaz Ahmad

    Shopee Sale

    Pelakon, Sharnaaz Ahmad berpendapat trend ‘takut bini’ yang tular di media sosial kini merupakan jenaka berlebihan.

    Artikel Berkaitan: Sharnaaz Ahmad Rindu Meri & Shukri Yahaya, Bayaran Bukan Penyebab Kembali Jadi Duta

    Artikel Berkaitan: Sharnaaz Ahmad Tegur Golongan Duda Join Trend ‘Jamilah’ – ‘Bukan Desperate, Kita Ada Style’ 

    Tidak hormat keluarga

    Ketika ditemui , Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 41, menegaskan ‘trend’ ini dapat menjejaskan nilai saling menghormati dalam institusi kekeluargaan.

    Menurutnya, ramai dalam pengguna media sosial kini tidak menjaga sensitiviti sehingga ada yang mula mengabaikan batasan peribadi demi meraih jumlah tontonan dan populariti.

    Dalam zaman moden, ramai terlupa soal sempadan ketika menghasilkan kandungan media sosial.

    Apa dipaparkan itu bukan realiti sebenar.

    Wanita dalam video tersebut mungkin bukan isteri yang garang seperti digambarkan, malah berkemungkinan tidak berani bersuara dalam kehidupan sebenar.

    Sharnaaz berkata demikian ketika ditemui selepas acara Bulan Bintang: The Next Chapter Fashion Show 2026, pada Sabtu.

    Hubungan tetap baik

    Berkongsi lebih lanjut, pelakon filem Blood Brothers ini mengakui tidak terkesan apabila ada pihak yang mengaitkan teguran tersebut dengan kegagalan rumah tangga sebelum ini.

    MENARIK:  Stesen Radio Patuh Arahan JAIS, Ustaz Don Tidak Akan Muncul Dalam Segmen ‘Don Give Up’

    Tambah Sharnaaz, perpisahannya bersama bekas isteri, Noor Nabila berlaku bukanlah kerana isu hormat-menghormati antara pasangan sebaliknya disebabkan tiada kesefahaman.

    Saya langsung tidak terasa.

    Perceraian saya tiada kaitan dengan isu hormat antara pasangan.

    Malah sepanjang perkahwinan, Noor Nabila tidak pernah bersikap kurang ajar terhadap saya.

    Kami berpisah kerana tiada persetujuan dalam banyak perkara.

    Namun hingga hari ini, hubungan kami masih baik dan saling menghormati.

    Dalam pada itu, Sharnaaz menegaskan bahawa dia sentiasa bersikap profesional dan matang dalam mengekalkan hubungan baik dengan bekas isterinya demi kesejahteraan anak mereka, Jebat Jayden.

    Hubungan kami okay sehinggakan dia sendiri pun tahu saya pergi mana.

    Saya akan tolong jaga anak kalau dia ada urusan.

    Kami tak pernah ada masalah.

    Kalau saya ada teman wanita atau jika ada dia ada teman lelaki dan sudah berkahwin pun, saya tetap akan hormat pada suaminya.

    Bagi saya, kalau kita sudah mempunyai sifat matang dan saling memahami, hubungan juga tidak akan ada masalah.

    The post ‘Nabila Tak Pernah Kurang Ajar, Kami Berpisah Kerana Tiada Persetujuan Dalam Banyak Perkara’ – Sharnaaz Ahmad first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah