Seorang kanak-kanak berusia lima tahun maut dibunuh oleh ibu kandungnya dalam satu kejadian di Kota Bekasi, Indonesia, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak 11 Tahun Ditahan, Disyaki Bunuh Adik Kandung
Artikel Berkaitan: Wanita 21 Tahun Racun Mangsa Hingga Maut, Guna ChatGPT Rancang Pembunuhan
Wanita bunuh anak kandung

Memetik laporan Jawapos, suspek yang berusia 26 tahun itu disahkan mengalami gangguan halusinasi ketika kejadian berlaku. Pihak Polis Metro Bekasi Kota kemudian menetapkan wanita itu sebagai suspek utama.
Hasil pemeriksaan mendapati terdapat gangguan halusinasi pada diri pelaku. Perkara ini disahkan sendiri oleh pasukan psikologi yang mengendalikan kes tersebut
Berikutan keadaan kesihatan mentalnya, suspek diarahkan untuk menjalani rawatan psikiatri.
Difahamkan juga, polis turut bekerjasama dengan Persatuan Psikologi Forensik (Apsifor) bagi memastikan penilaian dilakukan secara menyeluruh.
Sebelum ini, tingkah laku suspek mencurigakan apabila dia dilaporkan ketawa ketika pertama kali disoal siasat oleh pihak berkuasa, seolah-olah tidak menyedari jenayah yang dilakukan.
Sumber: Jawa Post
The post Ibu Tergamak Bunuh Anak 5 Tahun, Ketawa Saat Disoal Siasat first appeared on OHBULAN!.





