33.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ibu Mengaku Tersalah Campur Syabu Dalam Susu Bayi – ‘Saya Tak Sengaja, Puan..’

    Shopee Sale



    Pasangan suami isteri yang didakwa memberi air susu bercampur dadah merbahaya jenis Methamphetamine kepada bayinya berusia 16 bulan telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Petaling Jaya pada Rabu.

    Ibu mengaku salah, bapa nafi

    Tertuduh iaitu Nabila Huda Fadli, 34, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan manakala suaminya, suaminya, Sofian Mustapa Zain, 40, mengaku tidak bersalah.

    Saya mengaku bersalah, tapi saya tidak sengaja puan (beri minum susu mengandungi dadah).

    Pasangan tersebut didapati melakukan penganiayaan itu sehingga menyebabkan anak bongsu mereka mengalami ‘alleged sympathomimetic drug ingestion’, di sebuah rumah pangsapuri di Taman Medan, pada 19 Februari.

    Susulan daripada itu, kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31 (1)(a), Akta Kanak-Kanak 2001 bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.

    Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zuhaini Mahamad Amin mencadangkan setiap tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin. Namun kedua-dua tertuduh merayu agar jumlah jaminan dikurangkan dan mahkamah membenarkan pasangan suami isteri itu diikat jamin RM5,000 seorang berserta syarat tambahan yang ditetapkan pihak pendakwaan.

    MENARIK:  BYON COMBAT SHOWBIZ 7 Sajikan Aksi Ulangan Panas Putra Abdullah vs Ronal Siahaan Sabtu Ini

    Mahkamah menetapkan 13 Mac depan untuk fakta dan jatuh hukum bagi Nabila Huda manakala lantikan peguam dan pengurusan kes untuk Sofian.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah