Seorang wanita terpaksa menyimpan mayat ibunya yang meninggal dunia akibat lemas di dalam sebuah peti sejuk mengelak daripada dihanyut banjir, pada Selasa.
Simpan mayat ibu dalam peti sejuk

Seorang anggota penyelamat dari Phuket berkongsi sebuah video memaparkan detik memilukan ketika dia menemui wanita tersebut berpaut pada sebuah peti sejuk yang terapung.
Hancur hati saya… kami sampai terlalu lewat. Ibunya sudah lemas.
Ibu wanita yang berusia 80 tahun itu dipercayai lemas ketika rumah mereka dinaiki air.
Bimbang mayat ibunya dihanyutkan arus deras, wanita itu mengambil keputusan meletakkan tubuh ibunya ke dalam peti sejuk agar tidak hanyut dek banjir.
Menurut sumber, paras air ketika itu sudah mencecah bumbung rumah dengan ketinggian hampir 1.8 meter sehingga menyukarkan usaha menyelamat.
Namun selepas air mulai surut, pasukan penyelamat berjaya membawa wanita berkenaan bersama mayat ibunya ke kawasan selamat.
Kejadian dilaporkan berlaku di Hatyai, wilayah Songkhla di Thailand.
Sumber: Bangkok Post
The post Ibu Lemas Akibat Banjir, Anak Simpan Jenazah Dalam Peti Sejuk Elak Dihanyut Air first appeared on OHBULAN!.





