28.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ibu Aliff Aziz Kongsi Hukum Pisahkan Anak-Anak Dengan Ibu Bapa Selepas Bercerai – ‘Talak Itu Antara Pasangan’

    Shopee Sale



    Ibu kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza memberitahu hubungan anak-anak dengan ibu bapa tidak sepatutnya dihalang selepas berlaku perceraian.

    Artikel berkaitan: Ibu Aliff Aziz Terkejut, Berita Palsu Kematian Tersebar

    Artikel berkaitan: Bella Astillah Tak Mahu Ayden Keliru, Ada Sebab Tak Benarkan Anak-Anak Jumpa Bekas Mentua – ‘Benda Ini Ambil Masa, Tak Semudah ABC’

    Haram memisahkan anak-anak

    Menerusi perkongsian di Instagram Story, Hafiza memuat naik video pendakwah Ustaz Azhar Idrus yang menyatakan haram memisahkan anak daripada ibu atau bapa.

    Menurut Hafiza, perceraian yang berlaku di antara pasangan suami isteri tiada kaitan dengan anak-anak.

    Talak itu adalah antara pasangan dan bukan antara anak-anak dengan orang tuanya.

    Dalam pada itu, ibu kepada penyanyi lagu Sayang Sayang ini menegaskan untuk tidak menggunakan anak-anak sebagai alasan untuk tidak pertemukan mereka dengan bekas suami atau bekas isteri.

    Usah menggunakan anak-anak sebagai senjata untuk memuaskan hati sendiri walau apa pun alasannya.

    Semoga Allah permudahkan urusan kami sekeluarga. Aamiin YRA.

    Terdahulu, pelakon dan penyanyi, Bella Astillah menafikan dia tidak membenarkan kedua anaknya, Ayden Adrean dan Ara Adreanna untuk berjumpa keluarga bekas suami, Aliff Aziz.

    MENARIK:  ‘Komen Mak Cik Bawang Buat Saya Malas Nak Buat Konten Masak, Semua Terpaling Betul’ – Neelofa

    Menurut Bella, dia memerlukan masa kerana tidak mahu anak-anaknya keliru dengan perkara yang berlaku.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah