27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hun Haqeem Diminta Bayar Ganti Rugi RM613,960 Kepada MIG Selepas Langgar Kontrak

    Shopee Sale



    David Teo Hun Haqeem

    Susulan melanggar kontrak bersama Metrowealth International Group (MIG), pelakon Hun Haqeem diperintah Mahkamah Sesyen untuk membayar ganti rugi berjumlah RM613,960 kepada syarikat tersebut.

    MIG menang rayuan

    David Teo Hun Haqeem

    Perkara berkenaan dimaklumkan oleh pengarah urusan MIG, Datuk David Teo selepas mahkamah membuat keputusan rayuan yang berpihak kepada syarikat itu pada 27 November 2023.

    Hun Haqeem diminta bayar ganti rugi berjumlah RM613,950 kepada syarikat kami (MIG) selepas rayuan yang difailkan kepada kami.

    Dia juga diminta membayar kembali wang berjumlah RM30,240 yang mana wang tesebut merupakan bayaran tunggakan kepadanya yang pernah kami bayar sebelum ini.

    Mahkamah Seksyen mendengar kes tersebut sebelum ini dan mengetepikan kes pelanggaran kontrak Hun dan MIG perlu membayar baki tunggakan Hun.

    Bagaimanapun, MIG mengemukakan rayuan semula dan memperlihatkan keputusan berpihak kepada syarikat kami.

    David berkata demikian ketika ditemui pada majlis bacaan doa selamat Jangan Pandang Belakang 2 yang diadakan di bangunan Metrowealth, Petaling Jaya, pada Isnin.

    Melanjutkan bicara, David berkata dia bertegas untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Hun kerana mendakwa aktor berusia 26 tahun itu telah lupa diri disaat namanya sedang naik.

    Dia sudah tanda tangan kontrak dengan kami, jadi bila dia keluar sebelum habis kontrak dia tetap salah. Dia keluar MIG ketika namanya sedang naik dan popular. Dia bagai kacang lupakan kulit.

    Ketika itu banyak sangat tawaran kerja termasuk menjadi duta, namun terpaksa tolak dan menyebabkan kami rugi.

    Terdahulu, Hun atau nama sebenarnya Haqeem Hermy didakwa telah melanggar kontrak perkhidmatan bersama MIG. Aktor itu didakwa keluar daripada syarikat tersebut ketika kontraknya masih berbaki dua tahun.

    MENARIK:  Aishah Tanggung Derita Disihir, Enggan Terlibat Pertandingan Nyanyian Lagi – ‘Kalau Saya Nak Cerita, Dah Boleh Buat Buku Dah’

    Difahamkan, anak kelahiran Sarawak itu sudah membayar separuh daripada ganti rugi berjumlah RM30,240.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah