
Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel mendedahkan impiannya pada masa sekarang adalah untuk menamatkan zaman bujang kerana sudah bersedia menempuh alam baharu iaitu perkahwinan.
‘Kahwin je belum’

Ketika ditemui , pemilik nama Muhammad Naim Daniel Baharin berkata dia juga terbuka untuk mengenali seseorang namun tidak mahu tergesa-gesa untuk berkahwin.
Saya belum ada bini (isteri) je kot.
Ibu mana yang tidak mahu melihat anaknya bahagia. Mungkin spektrum kebahagiaan baharu sekarang adalah diri sendiri.
Tahun ini sebenarnya saya cuba untuk mengenali seseorang juga tapi tengok macam mana sebab saya tidak mahu tergesa-gesa dengan perkara seperti ini.
Kali ini memang pasti date to marry. Susah nak cari bini yang boleh terima budak tiga suku macam saya.
Naim berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran EP terbaharu Iman Troye, Janji Raya pada Rabu.
Faham diri masing-masing

Mengulas mengenai ciri-ciri wanita yang disukai, pelantun lagu Sumpah itu berkata dia lebih cenderung memilih individu yang mempunyai sifat bertanggungjawab selain memahami cara kerjanya.
Saya tidak kisah orang industri atau tidak asalkan memahami cara kerja dan tanggungjawab masing-masing. Kalau wanita itu lebih berusia pun saya okay.
Orang semua tahu saya memiliki perangai yang mudah mesra jadi kalau dapat yang sama wavelength pun okay tetapi tidak mahu yang terlampau gila-gila sampai saya pening nak layan.
Tetapi secara khususnya, saya suka makan dekat rumah dan saya pun pandai masak.
Sebelum ini, pelakon berusia 28 tahun itu pernah dikaitkan bersama pelakon Shasha Abedul namun dakwaan tersebut dinafikan dan menjelaskan mereka sekadar berkawan.





