Gabungan dua figura versatil, Hazamin Inteam dan Wan Ajaib diumumkan sebagai Presiden dan Timbalan Presiden baharu Persatuan Munsyid Malaysia, sekali gus membuka lembaran segar buat industri seni suara Islamik.
Artikel Berkaitan: ‘Situasi Yang Berlaku Kepada Inteam Sekarang, Anak-Anak Baru Kenal Kami’
Fenomena Nasyid!

Jika sebelum ini nasyid sering dikaitkan dengan nostalgia zaman kaset dan konsert di dewan sekolah, kali ini dua nama besar ini datang dengan misi lebih besar iaitu ‘rebranding’ nasyid untuk generasi digital.
Hazamin yang sinonim dengan kumpulan Inteam dan berbekalkan pengalaman lebih 20 tahun dalam dunia dakwah seni berkata, dia ingin mengangkat martabat naysid ke tahap lebih tinggi.
Kami tak nak nasyid terus statik dan hanya dikenang. Kami nak bawa ia terbang lebih tinggi dari pentas konvensional ke alam digital, dari sekolah ke Spotify!
Manakala Wan Ajaib yang terkenal dengan pendekatan kontemporari dalam menyampaikan mesej keislaman berharap nasyid lebih mudah sampai ke hati jiwa generasi masa kini.
Kita akan mulakan kolaborasi dengan pelbagai genre seperti hip-hop, lo-fi, spoken word… supaya mesej nasyid lebih dekat dengan jiwa anak muda zaman sekarang.
Barisan kepimpinan baharu ini sudah merangka beberapa plan menarik untuk boost industri nasyid, antaranya Akademi Munsyid Digital, Projek ‘Nasyid Untuk Semua’, Dana penerbitan & promosi, Festival Nasyid Nusantara 2026 dan Platform penstriman nasyid
Pemilihan Hazamin dan Wan Ajaib menandakan satu anjakan baharu lebih inklusif, progresif dan mesra generasi digital.
Mereka bukan hanya mahu kekalkan ‘jiwa’ nasyid, tetapi ingin pastikan nasyid terus hidup, berkembang dan menjadi sebahagian daripada arus hiburan semasa.
Jadi, peminat nasyid lama dan baru, bersedialah untuk era baharu. Sebab #NasyidIsBack, dan kali ni, ia datang dengan beat yang lebih segar, mesej yang lebih kuat, dan gaya yang lebih trendy.
The post Hazamin Inteam & Wan Ajaib Teraju Baharu Persatuan Munsyid Malaysia, Nasyid Kini Lebih ‘Fresh’ & Digital! first appeared on OHBULAN!.





