25.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hazama Guna Duit Simpanan IVF Untuk Album, Raih Enam Pencalonan Di AIM24 – ‘Berbaloi Saya Gadaikan’

    Shopee Sale

    Penyanyi, Hazama mendedahkan pengorbanannya menggunakan wang simpanan demi menerbitkan album Pujangga akhirnya membuahkan hasil apabila mendapat enam pencalonan di Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24).

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Sudah Diberikan Bekalan Yang Cukup Untuk Bertahan Dalam Industri’ – Hazama

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Tunggu Lagi 10 Tahun Baru Buat Konsert’ – Hazama

    Gembira

    Ketika ditemui , pemilik nama Hazama Ahmad Azmi, 40, berkata wang itu sepatutnya digunakan digunakan bagi rawatan in vitro fertilisation (IVF).

    Bagaimanapun, menurutnya peluang yang datang hanyalah sekali dan disebabkan itu dia membuat keputusan untuk mengeluarkan single menggunakan duit simpanan itu.

    Berbaloi saya gadaikan duit IVF saya untuk buat album di samping dana yang diberi.

    Pada asalnya, duit itu saya mahu gunakan untuk IVF tetapi apabila saya mahu keluarkan album saya fikir tidak mengapalah (untuk guna) sebab bukan selalu dapat buat album.

    Jadi saya gunakan semua duit saya untuk album.

    Kiranya, album ini adalah ‘baby’ kami.

    Hazama berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pengumuman pencalonan akhir AIM24 bertempat di Hotel Premiera, Kuala Lumpur pada Khamis.

    MENARIK:  Mierul Aiman Bangga Beli Rumah Pada Usia 27 Tahun, Anggap Satu Pelaburan Masa Depan – ‘Kewangan Saya Juga Sudah Stabil’

    Kata Hazama, dia menerima dana daripada Kandungan Digital (DKD) menerusi MyCreative Ventures sekitar RM100,000.

    Saya tambah lagi sekitar RM200,000 dari wang simpanan dan untuk buat album ini saya berhabis dalam sekitar RM300,000.

    Saya rasa macam ada tanggungjawab saya dalam industri muzik masih belum selesai dan disebabkan itu saya keluarkan album itu.

    Sebelum ini, Hazama tercalon dalam enam pencalonan Hazama di AIM24, antaranya ialah Vokal Lelaki Terbaik menerusi lagu Medonan, Lagu Rock Terbaik (lagu Aku Ada, Rembulan & Pungguk, dan Semacam Pandora), Lagu Tradisional Terbaik (Penawar Kita yang menampilkan Noraniza Idris) dan Rakaman Album Terbaik (album Pujangga).

    The post Hazama Guna Duit Simpanan IVF Untuk Album, Raih Enam Pencalonan Di AIM24 – ‘Berbaloi Saya Gadaikan’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah