27.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hazama, Ernie Zakri Teruja Jadi Penyanyi Jemputan Konsert M. Nasir – ‘Kami Berbesar Hati & Bersyukur’

    Shopee Sale

    Penyanyi Hazama dan Ernie Zakri meluahkan rasa teruja apabila diberi peluang untuk menjadi antara penyanyi jemputan bagi konsert MAGNUM OPUS: M. NASIR DEKAD KE-5 yang bakal berlangsung pada 5 Disember depan.

    Konsert M. Nasir Dekad Ke-5

    Pemilik nama Hazama Ahmad Azmi menyifatkan peluang tersebut sebagai satu penghormatan buat dirinya sebagai anak seni kerana dapat berkongsi pentas bersama figura yang cukup disegani dalam industri muzik tanah air.

    Meskipun mengakui masih berasa gementar nanum dia berharap dapat memberikan persembahan yang terbaik buat penonton yang hadir.

    Apabila kita dapat tawaran ini, kita anggap sebagai satu platform untuk kita membuat persembahan. Kita dapat satu persembahan atau konsert bersama legenda kita.

    Saya rasa berbesar hati dan buat masa ini masih gementar dengan lagu-lagu yang diberikan. Harapnya kita dapat memberikan yang terbaik supaya penonton yang membeli tiket terhibur dengan persembahan kami.

    Sementara itu, Ernie Zakri turut meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang membawakan lagu-lagu ciptaan M. Nasir yang sudah lama mewarnai industri muzik tanah air.

    Malah, penyanyi itu turut mengakui perlu membuat persediaan serta mendapatkan tunjuk ajar daripada M. Nasir bagi memastikan lagu-lagu berkenaan dapat disampaikan dengan baik.

    Senarai lagunya adalah lagu-lagu ketika saya belum lahir. Maknanya, kena belajar sedikit dan minta tunjuk ajar daripada Dato’ untuk mempelajari lagu-lagu yang sudah berpuluh-puluh tahun berada dalam industri muzik.

    Apabila saya tengok senarai nama tadi, saya seorang sahaja penyanyi perempuan. Jadi, saya sangat gembira dan bersyukur dengan peluang ini.

    Selain Hazama dan Ernie, antara barisan penyanyi yang turut membuat persembahan adalah Kmy Kmo, Luca Sickta, Ptahati dan Pi’e Ramayan

    MENARIK:  ‘Jangan Jadi Asbab Orang Terjebak Dengan Maksiat Yang Kita Lakukan’ – Tya Adnan

    Konsert MAGNUM OPUS: M. NASIR DEKAD KE-5 anjuran Luncai Emas Sdn. Bhd. bakal berlangsung pada 5 Disember 2026, jam 8 malam di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur.

    Meraikan perjalanan seni M. Nasir selama lima dekad, konsert dokumentari muzikal itu bakal menampilkan sebanyak 35 lagu ikonik ciptaan beliau dengan iringan Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) dan kumpulan Gong.

    Sebanyak 90 peratus tiket konsert berkenaan dilaporkan telah terjual setakat sidang media kedua berlangsung.

    Bagi peminat yang ingin menyaksikan persembahan istimewa itu, tiket masih boleh didapati menerusi laman sesawang iLasso Tickets dengan harga bermula RM638 hingga RM1,588.

    Bagaimanapun, tiket bagi kategori Grand Circle F serta Upper Circle G dan H telah habis dijual.

    The post Hazama, Ernie Zakri Teruja Jadi Penyanyi Jemputan Konsert M. Nasir – ‘Kami Berbesar Hati & Bersyukur’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah