26.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hariz Hamdan Belanja Ribuan Ringgit Jaga Tubuh & Wajah

    Shopee Sale

    Pelakon meningkat naik, Hariz Hamdan mendedahkan pernah membelanjakan ribuan ringgit untuk penjagaan tubuh dan wajah demi mengekalkan penampilan serta imejnya sebagai seorang selebriti.

    Artikel Berkaitan: Hariz Hamdan Tolak Tepi Soal Cinta, Beri Fokus Penuh Pada Karier Seni – ‘Sekarang Baru 22, Mungkin Umur 30 Baru Cari Kekasih’

    Artikel Berkaitan: Hariz Hamdan Pernah Diejek Gemuk Ketika Berat Badan Cecah 98kg Di Usia 14 Tahun – ‘Tengok Cermin Rasa Stress & Malu

    Jaga badan, rawatan wajah

    Ketika ditemui , pemilik nama Muhammad Hariz Muhammad Hamdan, 23, berkata untuk kekal segar dan sihat pelbagai perkara yang perlu diambil berat.

    Kata Hariz, disebabkan itu dia sanggup berbelanja besar supaya penampilannya kekal menarik selain memenuhi keperluan watak dalam industri seni.

    Saya pernah amalkan diet bagi memenuhi tuntutan watak.

    Bagi saya makanan sihat dan diet agak mahal. Saya selalu beli dada ayam, telur, tuna, sayur, ikan salmon dan sebagainya.

    Jadi, boleh cecah ribuan ringgit.

    Ketika ditanya sama ada dia kerap melakukan rawatan wajah, Hariz berkata kulitnya tidak mempunyai masalah besar kerana memiliki wajah yang sihat.

    Kalau dari segi rawatan wajah, saya tidak berbelanja besar kerana tidak kerap lakukannya kecuali kalau ditaja oleh klinik lokal.

    Saya tidak berani nak cakap kulit saya cantik disebabkan oleh genetik tetapi alhamdulillah Allah kurniakan saya kulit yang wajah yang sihat.

    The post Hariz Hamdan Belanja Ribuan Ringgit Jaga Tubuh & Wajah first appeared on OHBULAN!.

    MENARIK:  [VIDEO] Hanis Zalikha Faham Jerih Perih Besarkan Anak, Tak ‘Judge’ Individu Tak Mahu Zuriat – ‘Anak Bukan Saja Penyeri Hidup’

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah