Harian Metro bakal menganjurkan Larian Active Rings Kuala Lumpur 2025 pada 9 November ini sebagai inisiatif untuk menggalakkan orang ramai menjalani gaya hidup yang lebih aktif dan sihat.
Artikel Berkaitan: Program Munch & Move Bangun Gaya Hidup Sihat Dalam Kalangan Keluarga Kurang Berkemampuan!
Artikel Berkaitan: Wulan Guritno Tak Berani Buat Rawatan Kecantikan, Hanya Amalkan Gaya Hidup Sihat – ‘Dua Tahun Saya Cut Sugar’
Larian Active Rings Kuala Lumpur 2025

Program ini diteruskan sebagai sambungan kepada kejayaan Harian Metro Batik Run, yang sebelum ini berjaya menghimpunkan ribuan peserta daripada pelbagai peringkat masyarakat.
Acara sejauh 5 kilometer (km) itu bakal berlangsung di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan flag-off pada 7:00 pagi dengan tema lebih segar dan interaktif.
Acara ini bukan sekadar aktiviti larian namun turut menjanjikan pengalaman menyeronokkan dengan pelbagai aktiviti menarik dan ruang bergambar eksklusif untuk para peserta.
Dengan yuran penyertaan berjumlah RM45, peserta akan menerima jersi eksklusif, pingat khas bercirikan Menara Berkembar Petronas dan goodie bag bernilai RM25.
Harian Metro turut menawarkan hadiah cabutan bertuah bernilai RM10,000 termasuk LED TV, jam tangan serta peranti pintar.
Orang ramai boleh mendaftar dengan mengimbas kod QR pada poster rasmi atau melalui pautan media sosial Harian Metro, selain terus ke laman web rasmi di Ticket2U.
The post Harian Metro Semarakkan Semangat Gaya Hidup Sihat Di Larian Active Rings KL, Cabutan Bertuah RM10,000 Menanti! first appeared on OHBULAN!.





