Pelakon dan usahawan, Hanis Zalikha berkongsi cara dirinya mengekalkan bentuk badan yang ideal meskipun sudah meningkat usia.
Artikel Berkaitan: Hanis Zalikha Tekan Kepentingan Rutin Tidur Kanak-Kanak – ‘Itu Adalah Asas Utama Kerana Segalanya Terbentuk Seawal Bayi’
Artikel Berkaitan: Hairul Azreen Hantar Mesej Romantis Setiap Malam Kepada Hanis Zalikha – ‘Walau Sudah 10 Tahun, Saya Rasa Macam Baru Bercinta’
Genetik

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Hanis berkata, faktor keturunan bukanlah punca utama tubuhnya kekal langsing.
Menurut Hanis, usaha mengekalkan bentuk badan menjadi semakin mencabar apabila usia semakin meningkat.
Saya nak kata sebab faktor genetik, tapi sebenarnya tidak juga. Semakin meningkat usia, semakin sukar untuk mengekalkan bentuk badan.
Hanis berkongsi demikian selepas menjawab pertanyaan individu bagaimana caranya mengekalkan bentuk badan.
Berkongsi mengenai rutin hariannya sebelum ini, isteri kepada pelakon Hairul Azreen itu mendedahkan dia lebih menitikberatkan kawalan terhadap pengambilan makanan.
Bagaimanapun, Hanis berkata, gaya hidup sihat tidak boleh hanya bergantung kepada pemakanan, justeru dia kini mula melakukan aktiviti bersenam.
Saya makan secara sederhana (cuma pilihan makanannya pelbagai) dan saya memakai waist trainer semasa tidur.
Baru tahun inilah saya benar-benar memahami kepentingan otot dan kecergasan, jadi saya baru mula nak bersenam.
Sumber: Instagram
The post Hanis Zalikha Kongsi Cara Kekal Langsing – ‘Nak Kata Faktor Genetik Tapi Tak Juga’ first appeared on OHBULAN!.





