25.3 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Haliza Maysuri Kagum Erra Fazira Sudi Ganti Ziana Zain Saat Akhir – ‘Esok Ada Majlis Resepsi Sendiri, Tapi Dia Ikhlas’

    Shopee Sale

    Usahawan Haliza Maysuri mendedahkan tentang sikap profesionalime primadona filem alaf baru, Erra Fazira yang dipilih untuk membuat persembahan di acara Oscar Gala Bawal Exclusive baru-baru ini.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Individu Kongsi Momen Hadir Kafe Kueh, Netizen Komen Kerenah Para Ibu – ‘Mak Saya Pun Request Nak Datang Kafe Erra Fazira’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bunga Emas Sebagai Kejutan Istimewa Dari Suami Buat Erra Fazira – ‘95% Persiapan Kahwin Ezwan Uruskan’

    Hati yang baik

    Menerusi perkongsian di Threads, Haliza memaklumkan pemilihan Erra pada saat akhir adalah bagi menggantikan penyanyi Ziana Zain, yang terpaksa menarik diri kerana arwah ibunya ketika itu dalam keadaan kritikal.

    Mulia sungguh hati Primadona, sehari sebelum Oscar Gala Bawal Exlusive, Ziana Zain terpaksa tarik diri kerana ibunya kritikal.

    Dalam keadaan yang betul-betul saat-saat akhir, kami hubungi Erra Fazira. Sedangkan esok dia ada majlis resepsi sendiri.

    Menurut Haliza, dia berasa sangat kagum dengan dedikasi Erra yang sudi melaksanakan tanggungjawabnya di acara tersebut meskipun sedang melaksanakan persiapan bagi majlis resepsinya.

    Tapi dengan ikhlas dia sanggup datang sekejap untuk buat persembahan. Selepas itu dia terus balik ke rehearsal majlisnya.

    MasyaAllah, cantik bukan hanya pada rupa tapi pada hati juga.

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut memuji keikhlasan hati pelakon filem Maria Mariana itu dalam menjalankan pekerjaannya, sekali gus dilihat wajar menjadi contoh selebriti yang terbaik.

    MENARIK:  Shukri Yahaya Semakin Rajin Mengaji Selepas Isteri Pakai Niqab – ‘Dia Beri Saya Aura Yang Positif’

    Sumber: Threads Haliza Maysuri

    The post Haliza Maysuri Kagum Erra Fazira Sudi Ganti Ziana Zain Saat Akhir – ‘Esok Ada Majlis Resepsi Sendiri, Tapi Dia Ikhlas’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah