28.2 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hairul Azreen Syukur Dipilih Sebagai Pemain Profesional Selangor Red Giants Esports – ‘Saya Sebagai Mid Lane Player’

    Shopee Sale



    Hairul Azreen

    Selepas mengumumkan pengunduran diri dalam bidang lakonan, Hairul Azreen kini dipilih sebaagi pemain profesional pasukan Selangor Red Giants Esports.

    Team Selangor

    Hairul Azreen

    Berazam akan melakukan yang terbaik, Hairul atau nama sebenarnya Hairul Azreen Idris, 36, bersyukur di atas pemilihan tersebut.

    Alhamdulillah, selepas saya berhenti berlakon, sekarang saya dipilih menjadi pro player (pemain profesional) pasukan team merah kuning iaitu Selangor Red Giants Esports.

    Saya sebagai mid lane player, simpanan. Saya akan lakukan yang terbaik. Jumpa pada Februari 2025 nanti.

    Hairul berkongsi mengenai perkara itu menerusi sebuah hantaran di TikTok miliknya.

    Ibarat sirih pulang ke gagang, Hairul berkata, dia gembira apabila dapat kembali menyarung jersi pasukan Selangor selepas 20 tahun.

    Difahamkan, Hairul sebelum ini pernah mewakili Selangor dalam kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) menerusi acara Taekwando pada 2004.

    Sementara itu, menerusi hantaran di akaun rasmi Selangor Red Giants Esports turut berkongsi berita yang sama buat peminat sukan tersebut.

    MENARIK:  ‘Jangan Nyatakan Justice For Zara Kalau Kamu Sendiri Pembuli’ – Allan Andersn

    Sekadar info, Selangor Red Giants Esports berjaya menamatkan kemarau tujuh tahun Malaysia untuk menjuarai aksi antarabangsa e-sukan selepas menumbangkan Filipina Falcons AP Bren Sport di kejohanan Mid Season Cup Mobile Legend Bang Bang (MLBB) 2024 pada Julai lalu.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah