28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hafiz Suip Luah Perasaan Di TikTok? – ‘Jangan Paksa Mereka Menyukaimu’

    Shopee Sale



    hafiz tiktok 22

    Susulan tindakan menyepi dari dunia seni, penyanyi Hafiz Suip sering menjadi perhatian warganet setiap kali berkongsi hantaran di media sosial.

    Luahan Hafiz?

    hafiz tiktok

    Menerusi perkongsian di TikTok, Hafiz atau nama lengkapnya Mohamad Hafiz Mohamad Suip memuat naik sekeping foto dirinya yang dipercayai diambil di sebuah studio.

    Paling menarik perhatian adalah audio yang digunakan penyanyi berusia 34 tahun tersebut iaitu tentang seseorang yang dinilai oleh masyarakat.

    Jangan paksa mereka untuk menyukaimu kerana mereka punya hak untuk menilai.

    Kewajipan mu hanya berbuat baik bukan dinilai baik.

    Dalam pada itu, tinjauan pada hantaran lain mendapati, rata-rata warganet memberi kata-kata semangat buat pelantun lagu Awan Nano tersebut.

    Mereka juga berharap agar dia kembali menyanyi selain merindui persembahannya di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL).

    Comeback Hafiz, sokong dari AF7!

    Semoga kembali aktif menyanyi semula.

    Hafiz harus kuat, semoga Allah permudahkan. Jangan cepat putus asa.

    Comeback idola!

    Please comeback to AJL!

    Terdahulu, Hafiz menganggap dirinya sudah tidak relevan untuk menyanyi. Kenyataan itu dibuat Hafiz ketika membalas komen salah seorang pengguna media sosial yang memintanya untuk kembali bergiat aktif dalam industri hiburan.

    MENARIK:  [VIDEO] Madammu Hadiahkan Cincin Berlian Untuk Dua Anak Gadis – ‘Sebelum Suami Awak Beli, Mummy Belikan Dulu’

    Pun begitu, ada segelintir netizen yang memahami keputusan penyanyi itu untuk berehat dan tidak muncul dalam mana-mana pentas mahupun kaca televisyen.

    Dalam masa yang sama, timbul dakwaan rumah tangganya bersama isteri, Nureffy Jesreel Abdullah sedang goyah.

    Sebelum itu, Hafiz didakwa menghilangkan diri selepas menyahaktif akaun Instagram miliknya.

    Untuk info, Hafiz dan Nureffy mendirikan rumah tangga pada 14 Mei 2016. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah