Usahawan terkenal, Madammu membuat kejutan istimewa untuk anak-anak tirinya yang telah meningkat usia remaja.
Artikel Berkaitan: ‘Kesian Kayden, Belum Apa-Apa Lagi Netizen Sudah Diagnosis Dia Autisme’ – Madammu
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Madammu Titip Nasihat Buat Kaum Hawa – ‘Cari Duit Untuk Diri Sendiri Bukan Tanggung Jantan’
Cincin berlian

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Madammu atau nama lengkapnya Eriyca Baiduri Abd Rashid, berkongsi momen ketika dia menghadiahkan dua anak tirinya iaitu Zahara dan Qally sebentuk cincin berlian.
Dua anak gadis itu kelihatan teruja sebaik sahaja mereka membuka kotak yang berisi cincin berlian tersebut.
Saya ada sesuatu yang istimewa untuk awak berdua.
Ini adalah simbol kecantikan dan kalian pun sudah membesar.
Ini bukan cincin kahwin. Sebelum suami awak beli, mummy belikan dulu.
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut senang melihat kegembiraan yang terpancar di wajah Zahara dan Qally.
Dalam masa yang sama, mereka juga memuji Madammu yang disifatkan sebagai seorang ibu yang penyayang kerana tidak pernah membezakan kasih sayang di antara anak-anak.
Sumber: TikTok Madammu
The post [VIDEO] Madammu Hadiahkan Cincin Berlian Untuk Dua Anak Gadis – ‘Sebelum Suami Awak Beli, Mummy Belikan Dulu’ first appeared on OHBULAN!.





